DOTA 2: MidOne Dilantik Sebagai Ikon E-Sukan Negeri Perak

By Hazril Md Nor | March 2, 2019

Sempena penganjuran persidangan e-sukan profesional (EPIC) yang berlangsung bermula hari ini hingga esok, kerajaan Negeri Perak mengumumkan Yeik Nai Zheng atau lebih dikenali sebagai MidOne sebagai ikon esports bagi negeri itu untuk tahun 2019.

Baca lanjut: Apa yang korang perlu tahu tentang EPIC

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Howard Lee Chuan How.

MidOne yang juga dari Bagan Serai, Perak adalah pemain profesional Dota 2 bermain di bawah Team Secret dan sudah memenangi pelbagai kejohanan di luar negara. Antara pencapaian terbarunya ialah memenangi The Chongqing Major yang diadakan di Shanghai, China, membawa pulang wang tunai terkumpul USD350,000 (RM1.42 juta).

Mengikut laporan pendapatan kasar di Esports Earnings, MidOne di tempat pertama dengan pendapatan sebanyak USD1.18 juta (RM4.84 juta) selama empat tahun berkecimpung dalam esports. Anak Malaysia yang pertama kali mendapat 9,000 MMR di server Eropah ini juga pernah bermain di bawah organisasi Fnatic dan terkini, Team Secret.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak kerana mengiktiraf e-sukan dan pemain e-sukan di peringkat akar umbi. Sebagai ikon eports, MidOne memikul tanggungjawab untuk memastikan prestasinya konsisten dengan membawa nama negeri Perak di kejohanan antarabangsa kelak.