DOTA 2: Misery Meninggalkan Optic, Mungkin Akan Form Team Baru Bersama W33haa

By Hazril Md Nor | December 2, 2017

Kemunculan OpTic Gaming dalam Dota 2 antara berita paling hangat tahun ini. Kurang dari dua bulan selepas formasi, Rasmus “Misery” Filipsen bagaimanapun membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Selepas Ludwig “zai” Wahlberg and Peter “ppd” Dager meninggalkan Evil Geniuses, mereka menubuhkan pasukan baru bersama Per Olsson “Pajkatt” Lille, Quinn “CC&C” Callahan dan Misery. Mereka kemudiannya dilamar oleh Optic pada September.

Pengunduran Misery disahkan oleh Optic menerusi satu blog post di laman web rasmi mereka pada 28 November dan mengesahkan Martin “Saksa” Sazdov akan menggantikan tempat Misery sebagai stand-in.

Berita itu ternyata mengejutkan kerana melihat dari persembahan mereka, Optic sebelum ini berjaya mendapat tempat pertama dalam division Amerika untuk kejohanan Midas Mode dan layak ke AS$250,000 ROG Masters yang akan berlangsung di Malaysia, minggu depan.

Optic bagaimanapun tak mendedahkan punca sebenar pengunduran Misery sebaliknya ppd menyatakan di stream Twitch bahawa Misery bukan digugurkan tapi tidak ingin lagi main bersama. 

Sementara itu, Optic adalah pasukan pertama Saksa selepas meninggalkan MidOrFeed pada akhir September. Ini bermakna dia akan menggantikan Misery untuk ROG Masters dan The Summit 8 di Los Angeles yang mana Optic mendapat direct invite.

PERNAH bersama w33haa dan Saksa dalam skuad Digital Chaos. FOTO: EGamersWorld

Misery pula masih belum mengumumkan ingin menyertai atau menubuhkan pasukan baru. Tapi berkemungkinan beliau dan w33 akan berganding bersama sekali lagi untuk skuad baru. Ura-ura ini timbul apabila w33 twit gambar Misery di Twitternya baru-baru ini.

Misery dan w33 pernah main bersama di bawah Digital Chaos, mendapat tempat kedua di The International 6. Selepas meninggalkan DC, pasukan itu beralih nama kepada Thunderbirds dan kemudian Planet Odd sebelum dibubarkan pada bulan Ogos.