DOTA 2: Mungkin Tiada Laungan Daripada Warga Indonesia Di TI8 Tapi InYourDream Tetap Selamanya #IndoPride

By Hazril Md Nor | June 26, 2018

Bercakap soal maruah negara, siapa tak bangga kalau ada wakil negara yang ke pentas dunia? Apatah lagi dalam e-sukan, platform baru yang menyaksikan anak muda bertanding di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, rakyat Indonesia terutamanya peminat Dota 2 begitu bersemangat untuk menyaksikan buat julung kalinya anak kelahiran Indonesia membuat kemunculan di The International 2018, kejohanan tahunan Dota 2.

Pemain itu tak lain tak bukan ialah Muhammad Rizky Anugrah atau lebih tepat dengan gelarannya InYourDream. Jejaka yang masih muda ini sebenarnya dah mencipta nama di arena Dota 2 Asia Tenggara. Jadi buat pembaca (Malaysia dan Indonesia juga), di sini penulis ceritakan kenapa rakyat Indonesia menaruh harapan tinggi kepada IYD.

PS: TNC Tigers (pasukan IYD kini) kalah tipis dengan TNC Predator sekali gus menamatkan perjuangan mereka untuk layak ke The International 2018.

1. Dilamar Fnatic

Bakat yang ada pada dirinya sama lah seperti Miracle-, IYD seorang pub-star yang berjaya yakinkan organisasi e-sukan terkemuka seperti Fnatic untuk melamarnya sebagai pemain tengah mereka selepas kehilangan MidOne. Dia bersama Fnatic untuk berdepan kejohanan ESL One Genting 2017 yang mana Fnatic mendapat jemputan terus ke kejohanan itu.

Bagaimanapun, mungkin rezeki tak berpihak, ditambah lagi dengan kesuntukan masa (5 hari saja waktu ada untuk bootcamp, mungkin lagi sedikit), Rizky tak begitu in-sync dengan ahli lain. Dia bermain Tinker dengan bagus tapi mungkin kerana kurang keserasian dan rasa takut berada di pentas Dota 2 yang besar (ESL Genting adalah kejohanan pertama IYD di luar negara), menyebabkan kekalahan awal Fnatic. 

Tak lama kemudian, berita sedih diumumkan apabila Rizky meninggalkan Fnatic untuk menyambung pengajian dan bermain Dota 2 di tanah airnya sendiri (Indonesia).

BACA: InYourDream Tak Kembali Ke Fnatic Selepas Meninggalkan Organisasi Eropah Itu

2. Gemilang bersama BOOM ID

Ramai yang mengecam, tak juga memberikan tanggapan buruk kepadanya dan menyalahkan dirinya untuk kekalahan Fnatic. Ada juga mengatakan kononnya tindakan IYD kembali ke Indonesia adalah alasan semata untuk menutup kesalahannya. Tapi apa-pun, dia kembali beraksi di Jakarta dengan menyertai BOOM ID.

Ketika bersama BOOM ID, dia pernah membuat play yang hebat dalam kejohanan APAC Predator League 2018 dan membawa pasukan itu ke grand final bertembung pasukan negara, Geek Fam. Bagaimanapun, mereka kalah 1-2 dan terpaksa akur di tempat kedua. Rizky juga pernah memberitahu penulis yang dia dipanggil oleh beberapa team untuk menyertai Dota Pro Circuit yang masih berbaki banyak point ketika itu.

BACA: InYourDream Pertimbang Peluang Bertanding Bersama Pasukan Dota 2 Di Peringkat Antarabangsa

3. Cuba nasib dengan TNC Tigers

Ura-ura mengatakan dia akan bermain untuk open qualifier dan bukan mengejar mata DPC untuk layak ke The International 8 adalah betul dan bukan lagi khabar angin. Bersama TNC Tigers, IYD sekali lagi membuktikan kebolehannya sebagai pemain pertama yang meraih 9,000 MMR di rantau Asia Tenggara.

Kali ini, dia kelihatan lebih serasi dan bermain dengan baik bersama ahli pasukan barunya. Bagaimanapun, nasib tak begitu memihak kepadanya apabila kalah tipis pada perlawanan akhir berdepan TNC Predator. Ramai juga yang mengatakan IYD seorang yang agak ‘agresif’. Dia terus buyback sebagai Phantom Lancer dalam game ketiga dan kemudian dieback di Roshan Pit sekali gus menamatkan perjalanan TNC Tigers ke The International 2018. Lihat video live di atas.

Nota Editor: Bagi warga Indonesia, semestinya mereka menaruh harapan tinggi kepada satu-satunya wakil negara mereka ini. Sepanjang perjalanan kariernya, dia pernah membanggakan Indonesia apabila dilamar Fnatic, memberi saingan sengit kepada Geek Fam di tanah air sendiri dan hampir, hampir sekali lolos ke The International 2018. Apa-pun, syabas InYourDream, moga lebih berjaya pada masa akan datang!