DOTA 2: Mushi & Nana Buktikan Malaysia Boleh! Di Kejohanan Major DAC 2018

By Hazril Md Nor | April 10, 2018

Di saat impian mulai tipis, Mineski Pro Team yang dianggotai 2 pemain Malaysia, Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Moon) menunjukkan masih ada harapan untuk skuad Dota 2 Asia Tenggara. 3 lagi ahli adalah Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice), Anucha Jirawong (Jabz) dan Michael Ross Jr. (Ninjaboogie).

Dengan kemenangan 3-2 ke atas LGD-Gaming dalam kejohanan Dota 2 Asia Championship 2018 (DAC), Mineski membuktikan kuasa Asia Tenggara masih relevan (kejuaraan ini menandakan mereka pasukan PERTAMA Dota 2 Asia Tenggara yang memenangi Major dari Valve).

Melihat rekod mereka yang kurang memberangsangkan sejak awal tahun ini, kita semua berharap Mineski akan cuba buat magic dalam masa terdekat dan ternyata, kali ini, sejarah dilakar dalam arena Dota 2 Asia Tenggara. Mineski membawa pulang wang tunai AS$370,000 (hampir RM1.4 juta) dan juga 750 mata DCP. Mereka kini menduduki tempat keempat dalam ranking DCP dengan mengumpul 3,150 mata.

MyGameOn: Tahniah atas kemenangan anda! Bagaimana Mineski boleh adapt begitu cepat dengan patch yang berubah ketika tournament berlangsung?

Orrin Xu (Naib Presiden Mineski Pro Team): Boleh dikatakan patch ini kena dengan playstyle kami sekarang.

MyGameOn: Adakah Mineski sudah berada dalam zon selesa dan cukup yakin untuk menawan Aegis of the Champions kali ini?

Orrin: Perjalanan kami masih jauh jadi masih ada banyak ruang untuk kami memperbaiki mana yang silap.

MyGameOn: Adakah Mushi memainkan peranan untuk menaikkan moral pemain?

Orrin: Ya, dia seorang yang cukup berkeyakinan dan membantu pemain untuk tak hilang fokus dari awal hingga akhir kejohanan ini.

MyGameOn: Apa perasaan anda selepas dah sekian lama Mineski belum memenangi mana-mana kejohanan?

Orrin: Kami sangat teruja tapi macam apa yang semua idamkan (menang TI), kami akan bersiap sedia dan cuba capai sasaran itu.

——–

MyGameOn: Tahniah Mushi kerana membanggakan Malaysia dan Asia Tenggara! Apa perasaan anda?

Mushi: Saya rasa bangga untuk menang kejohanan pertama bagi rantau Asia Tenggara dan di final kita mempunyai 3 pemain Malaysia di atas pentas, satu lagi pencapaian terbaik untuk negara kita (Malaysia).

MyGameOn: Pada pendapat Mushi, apa faktor yang membantu korang untuk menang DAC 2018 ni?

Mushi: Selepas PGL minor berakhir tahun lepas, prestasi kami sangat merudum dan kami cuba bermacam cara untuk comeback tapi tetap tak berjaya. Sampailah permulaan kejohanan ini (DAC), semua orang mengubah perangai dan keadaan mental untuk kami dapat keyakinan semasa bertanding. Kami belajar dari kesilapan dan buat yang terbaik untuk ke final. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami!

Nota Editor: Ternyata, Mushi dan Nana, dua pemain kebanggaan Malaysia membuktikan Malaysia Boleh! dan tiada istilah untuk mengaku kalah. Mereka sekali lagi menunjukkan scene Dota 2 Asia Tenggara boleh pergi jauh. Dengan berada di tempat keempat dalam ranking DPC, masa depan mereka cukup cerah untuk rebut jemputan terus ke The International 2018. Apa pun semoga berjaya korang!