DOTA 2: Newbee Berdepan Krisis Kewangan, Sekali Lagi

By Hazril Md Nor | October 10, 2018

Organisasi esports yang mengalami kerugian bukanlah perkara baru. Kali ini, nampaknya Newbee pula yang mengalami masalah kewangan teruk ini.

Mengikut laporan media China, ia berkaitan dengan prestasi kurang memuaskan bagi pasukan Dota 2 mereka sekali gus menyebabkan kerugian kepada organisasi itu.

Sejak TI 4 dan sekarang menjadi runner-up untuk TI 7, Newbee sebenarnya berdepan dengan situasi lebih teruk yang hanya diketahui oleh mereka yang berada di belakang tabir.

Ini bukan lagi drama yang mana pemain menuding jari kepada ahli pasukan tapi ia adalah di mana pemilik organisasi dan pelabur mula bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka.

Cheng Qing, salah seorang pelabur dari Vici Gaming melaporkan di laman Weibo miliknya bahawa pengasas Newbee, Yue Wang tak menjawab pesanan di WeChat miliknya sehingga kini.

 

“Jangan melampau @Yue Wang. Balas message WeChat saya sekarang.”

Post itu membuatkan ramai juga yang terkejut kerana Cheng Qing adalah seorang yang amat dihormati dalam komuniti jadi setiap posting miliknya dianggap penting dan serius.

Selepas itu, pemilik Invictus Gaming, Sicong Wang pula membalasnya dengan berkata Yue Wang berhutang dengan lebih ramai orang termasuk mereka yang mempunyai rekod yang was-was (shady) dan ramai lagi indidivdu.

“Dia tak boleh membayar hutangnya kalau kamu minta dia membayarnya esok. Dia tak ada duit sekarang dan ramai orang mencarinya, dan percayalah, mereka ada sebab,”

Kemudian, dia memberi komen baru kepada stakeholder VG untuk mencari cara mendapatkan balik wang.

“Kamu boleh ke polis dan melaporkan dia adalah tokan dadah dan dia akan berikan kamu duit. Sebab dia perlu jaga imejnya. Tapi kalau polis dah buka kertas siasatan, dia tak boleh lagi dapat duit dan tak akan berjaya bagi duit pada orang yang memberinya hutang,”

VG Stakeholder tak memberitahu berapa duit yang mereka berikan kepada pengasas Newbee tapi sumber dari China mengatakan Wang Yang kerugian sekitar 230 juta RMB (sekitar USD 3.3 juta) dengan bertaruh dalam perlawanan bola dan meminjam wang dari ramai orang yang terlibat dengan esports di China.

Apa pun tindakan akan diambil, ia masih belum diketahui.

Apa yang kita tahu, sejak TI 7, Newbee punya skuad Dota 2 bukan lagi sama. Pemain pun masih belum buka mulut tentang apa yang berlaku belakang tabir. Hari ini kita nampak skuad Dota 2 Newbee sedang bergolak.

TI9 akan diadakan di China tapi jika organisasi di sana tak mula mengambil serius dan bersikap profesional, mungkin kali ini pemain akan betul buka mulut di media sosial.

Sumber: VPEsports