DOTA 2: Newbee & Optic Gaming Juga Tarik Diri Daripada Galaxy Battles 2

By Hazril Md Nor | January 8, 2018

Selepas top team ini menarik diri daripada Galaxy Battles 2, nampaknya ada 2 lagi pasukan membuat keputusan sama dan ini meninggalkan slot untuk bertanding hanya pada 11 pasukan.

Ketika artikel ini ditulis, Newbee mengumumkan di laman Twitter mereka mengenai berita itu hari ini. Optic Gaming juga berbuat demikian sehari sebelumnya.

Walaupun kejohanan itu tidak lagi menjadi sebahagian daripada sistem Dota Pro Circuit (DCP) serta mendapat sokongan dan tajaan daripada Valve, penganjur, Fallout Gaming mengumumkan ingin meneruskan kejohanan itu.

“Kami di Galaxy Battles Management menghormati keputusan dibuat oleh Valve Corporation untuk menarik status Major bagi kejohanan Galaxy Battles 2 di Philippine Arena pada 19 Januari hingga 21 Januari ini. Bagaimanapun, acara ini akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan,”

Kejohanan itu akan diadakan di Philippine Arena di Bulacan, Filipina pada 15 Januari hingga 21 Januari ini dengan prizepool AS$500,000. Format dan pasukan yang bertanding akan diubah mengikut kesesuaian acara. 

Masih belum pasti pasukan mana seterusnya akan menyusul tapi buat masa sekarang, korang boleh lihat senarai penuh di bawah.

Skuad Direct Invite ke Galaxy Battles 2:

Newbee (tarik diri)
OG
TNC
Infamous
LGD Forever Young
Evil Geniuses
Team Liquid (tarik diri)
Virtus.Pro (tarik diri)

Skuad yang layak ke Galaxy Battles 2:

CIS: Team Spirit
Asia Tenggara: Mineski
Eropah: Team Secret (tarik diri)
Amerika Utara: OpTic Gaming (tarik diri)
China: VGJ. Thunder
Amerika Selatan: paIN Gaming
Wildcards: 2 slot