DOTA 2: Pengulas Profesional Boikot Chongqing Major

By Hazril Md Nor | December 3, 2018

Lepas habis satu drama, tambah pula satu lagi.

Kali ini, kita saksikan komuniti Dota 2 memang betul-betul berganding bahu kalau ada masalah timbul. Nampaknya, pengulas profesional bagi kejohanan Chongqing Major di China buat keputusan untuk boikot acara itu jika Carlo “Kuku” Palad tak diberi akses untuk masuk ke China.

Isu ini bermula apabila Kuku mengeluarkan komen rasis kepada rakyat China dalam public match. Tapi, dia dah pun meminta maaf dua kali di Facebook miliknya.

Walaupun barisan pengulas belum lagi dirasmikan untuk Major di China, kemungkinan yang dah dijemput tampil memberi komen di Twitter mereka. Berkait rapat dengan isu ini, TNC umumkan yang Valve atau StarLadder tak ban Kuku dari bertanding. Tapi penganjur memberi amaran kalau TNC bertanding bersama Kuku, akan ada dua kemungkinan:

  • Dia tak diberi akses memasuki negara China
  • Kerajaan tempatan (Chongqing) akan pertimbang untuk batalkan acara itu

Valve masih lagi mendiamkan diri walaupun acara ini akan bermula pada 19 Januari dan mungkin mereka takkan buat keputusan terburu-buru juga.

Ramai ahli komuniti mengatakan Valve menarik kembali status Major untuk Galaxy Battles dan mereka berharap ia akan berlaku lagi kali ini. 

Tapi mungkin ramai juga tak faham untuk batalkan Major yang hanya diadakan lima kali saja, pasti impaknya sangat berlainan.

Grant “GranDGranT” Harris, Henrik “AdmiralBulldog” Ahnberg dan David “GoDz” Parker umumkan mereka taknak bekerja untuk acara itu jika Kuku tak dapat bertanding. Veteran esports, Paul “Redeye” Chaloner pula berpendapat ia tak dapat menyelesaikan apa isu tapi akan menyertai yang lain memboikot.

Bagi wakil Filipina pula, seorang hos untuk acara esports, Eri Neeman tampil beri kenyataan.

“Kita ada reputasi jadi komuniti toksik. Kita juga dikenali sebagai peminat paling best dalam Dota.

“Mari kita pilih yang kedua.

“Setiap dari kita mewakili komuniti (Filipina).

“Ayuh janganlah buktikan semua orang betul dengan gunakan isu ini sebagai alasan menjadi toksik kepada Komuniti China.

“Janganlah samakan semua warga China kononnya menentang kita.

“Ada ramai individu dari komuniti China yang menolong TNC dan berpihak kepada mereka,”

Walaupun isu ini belum selesai, diharap Valve ambil tindakan segera kerana ia membabitkan komuniti Filipina yang sangat besar di rantau Asia Tenggara.

Sumber: VPEsports