DOTA 2: Skuad Baru Misery Dah Bersedia – Five Dogs Sertai Kelayakan Terbuka Eropah Bagi TI 2018

By Hazril Md Nor | June 6, 2018

Sebelum ini, kami melaporkan Misery akan menubuhkan pasukan baru untuk menyertai pusingan kelayakan terbuka The International 2018.

Misery ketika bersama Digital Chaos. Sumber: Twitter

Dia cepat bertindak. Rasmus “MISERY” Filipsen mendekati Madara, Khezu yang bersetuju untuk penubuhan skuad baru ini lantas membuatkan pasukan SyndereN iaitu Mad Labs tinggal tiga pemain dan terpaksa menyertai kelayakan terbuka dan bukannya kelayakan regional.

Dengan baki tiga lagi pemain dengan masa terhad bagi mencari pemain yang boleh ‘dipinjam’ sebelum bertanding di pusingan kelayakan, pasukan SyndereN tak berjaya mencari pemain ganti bagi Madara dan Khezu. SyndereN meluahkan kekecewaan itu selepas bekas pengurusnya, Allen Cook mengumumkan roster penuh untuk skuad Misery. Beliau kemudian memilih untuk mengulas bagi kelayakan terbuka TI8 saja. Perhatikan twit daripada beliau ini.


Roster penuh Five Dogs dari posisi 1 hingga 5: Omar “Madara” Dabachach (carry), Greg “Keyser” Kallianiotis (mid), Maurice “KheZu” Gutmann (offlaner),  Rasmus “MISERY” Filipsen (supportdan Martin “Saksa” Sazdov (hard support)

Pusingan kelayakan terbuka The International 2018 akan bermula pada 14 Jun dan pendaftaran dah dibuka di Faceit. Masih belum pasti berapa slot akan diberi kepada rantau Eropah untuk bertanding dan berapa daripadanya layak ke TI8. 

Valve pasti akan mengumumkan slot rasmi bagi setiap rantau yang bertanding dalam kelayakan terbuka nanti. Setakat ini ada beberapa nama hebat yang akan menyertainya iaitu OG baharu dan EPG Gaming yang mempunyai bekas pemain Na’Vi, LeBronDota dan Swiftending dari Planet Dog.

Sumber: VPEsports