DOTA2: Arcana seterusnya antara Faceless Void dan Spectre – siapa akan menang?

By Hazril Md Nor | September 2, 2020

Kebiasaannya, akhir Ogos adalah satu tarikh keramat untuk kita menjulang juara dunia Dota 2 apabila The International berakhir. Tapi, disebabkan wabak COVID-19 melanda seluruh dunia, kejohanan itu ditunda dan kali ini juara yang dapat disaksikan ialah pemenang dalam Arcana Vote.

Selepas pertarungan sengit di semi-final, nampaknya kini komuniti Dota 2 meletakkan harapan pada Faceless Void dan Spectre di final. 

Seperti foto di atas, Faceless Void mengumpulkan 14.9 juta undian berbanding Sniper yang hanya mengaut lebih 7.5 juta undian.

Bagi Spectre pula, meraih 16.09 juta undian berbanding Witch Doctor dengan 12.7 juta undian. 

Sekarang ada masa seminggu lagi untuk menobatkan hero mana yang akan menjadi penerima Arcana seterusnya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.