DOTA2: Setiap Hero Sekarang Mempunyai Aghanim’s Scepter Sendiri – Terima Kasih Valve!

By Hazril Md Nor | May 25, 2019

Kemaskini 7.22 Dota 2 mengejutkan komuniti seluruh dunia apabila mengumumkan Aghanim’s Scepter bagi 24 hero – jumlah yang belum lagi menerima upgrade pada ultimate mereka.

Dalam pada itu, kesemua penambahbaikan ini menerima reaksi yang positif dan negatif, malah ada juga mengatakan ia merepek. Kalau diperhatikan, ada hero yang mempunyai kuasa eksklusif hero lain jika mereka membeli scepter. Nak tahu kesemua perubahan bagi scepter upgrade? Jom usha video dekat bawah!:

Selain itu, kalau korang beli scepter, akan ada aura warna biru mengelilingi bahagian bawah karakter korang. Betul-betul macam Dota 1 dulu. Nostalgia!

Dalam 7.22 hero dengan enam slot penuh boleh consume Sceptre dengan 2,000 gold bagi mendapatkan buff, sama seperti Aghs yang diberikan oleh Alchemist. Bagaimanapun, stat bonus tidak akan diterima.

Roshan pula akan menjatuhkan Aghs yang boleh consumed untuk mendapatkan buff kekal. Roshan kali ketiga pula akan jatuhkan Aghs buff atau Refresher Shard. Yang keempat, ia akan jatuhkan kedua-duanya sekali gus.

Ini adalah update yang agak gila dan menarik perhatian komuniti Dota 2:

ALCHEMIST – Jika dilengkapi Scepter, akan menerima +30 kuasa serangan tambahan dan 6% Spell Amp bagi setiap Agh yang diberikan kepada ahli pasukan.
ARC WARDEN – Menerima kuasa baru, Rune Forge. Boleh mencipta satu Rune yang rawak di depan. 60 saat cooldown. Ia boleh jadi Bounty Runes atau Powerup Runes.
ANTI MAGE – Pembunuhan dengan Mana Void sekarang menambah +70 saat kepada kuasa dengan cooldown tertinggi kepada musuh. Cooldown bermula sebaik saja musuh hidup kembali. Juga menambah +1 durasi stun. Kalau musuh mati pada saat ini, akan dikira sebagai pembunuhan Mana Void.
TEMPLAR ASSASSIN – Memberikan kuasa baru, Psionic Projection. Membenarkan korang teleport ke mana-mana Psionic Trap selepas 2 saat channel (goodbye Nature’s Prophet?). Tidak akan gagalkan Meld dan mempunyai cooldown selama 30 saat serta mana sebanyak 100. Ia akan meletupkan psionic trap itu selepas tiba.

Selain itu, ada kejutan kerana Dragon Knight mendapat bentuk Naga Keempat dinamakan Black Dragon!

 

Juga ditambah dalam kemaskini ini ialah kembalinya Io dan penambahan Mars dalam Captains Mode.