DOTA2: Siap Sedia Duit Poket, Tiket Untuk The International 2019 Akan Dijual Tak Lama Lagi!

By Hazril Md Nor | May 16, 2019

The International 2019 akan bermula pada 20 Ogos hingga 25 Ogos ini dan nampaknya jualan tiket akan bermula tak lama lagi.

Mengikut sumber daripada Twitter, ia akan dijual secara berasingan untuk penonton di China dan global. Bagi komuniti China, ia akan dijual menerusi damai.cn manakala peminat di seluruh dunia boleh mendapatkannya melalui platform Universe.

Buat masa ini, harga tiket masih belum diketahui.

Tahun ini, ia akan dihoskan di Mercedes-Benz Arena di Shanghai, China. Kali ini, penonton di Malaysia boleh menikmati waktu perlawanan yang agak reasonable mengikut waktu tempatan China manakala penonton dari Barat perlu berjaga malam untuk menonton perlawanan-perlawanan ini jadi pastinya mereka ingin dapatkan tiket untuk menyaksikan secara langsung dari pagi hingga malam.

Artikel berkaitan: Jualan Battle Pass catat rekod baru dalam sejarah Dota 2

Kali ini, Valve memilih servis tiket dalam talian dari Alibaba yang akan dijual kepada komuniti di China mulai minggu ini.

Damai.cn adalah platform pembelian tiket dalam talian yang terkenal. Kalau korang nak membeli tiket daripada laman web China ini, ia menyediakan URL dalam bahasa Inggeris jadi korang perlu membuka akaun untuk membeli tiket.

Saranan penulis adalah korang perlu layari laman web ini setiap hari untuk memerhatikan jika jualan tiket sudah dibuka.

Damai dalam versi bahasa Inggeris: KLIK SINI