Draft yang menarik dari Homebois membuahkan hasil

By Hazrul Md Nor | September 12, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Homebois menggunakan draft Hayabusa untuk memberikan burst damage yang tinggi. Red Esports mengubah strategi mereka dengan Mal menggunakan Benedetta dan Eren sebagai Roger menjadi hyper pasukan itu. Draft pasukan Red Esports memerlukan barang core untuk menjadi lebih efektif menyebabkan mereka harus mengambil masa untuk farming dahulu.

Namun begitu, pasukan Homebois lebih berdisiplin di dalam melakukan rotasi yang sangat-sangat baik untuk mendapatkan objektif turtle dan turret. Lord berjaya diambil oleh pasukan Homebois pada minit ke-9 dan terus menamatkan permainan itu untuk mengelakkan Red Esports menumbangkan mereka di fasa late game.

PERLAWANAN KEDUA

Red Esports menggunakan strategi yang sama seperti perlawanan pertama, Mal menggunakan Claude dan Eren bermain Hayabusa sebagai hyper. Mereka cuba untuk bermain dengan agresif pada minit awal permainan, Homebois menyedari tentang perkara itu menyekat tekanan yang diberikan Red Esports dengan melakukan rotasi yang sangat baik.

Homebois terus memberikan tekanan kepada pasukan Red Esports dengan burst damage dari Irfan dan Chibi, ini menyebabkan mereka berjaya mendapatkan turret dan turtle. Pada minit ke-6 sahaja, perbezaan gold di antara dua pasukan sudah mencecah 6 ribu. Lord berjaya diambil pasukan Homebois pada minit ke-11 dan terus mendapatkan kemenangan tidak lama kemudian.