DreadOut 2 – Permainan Video Seram Indonesia Telah Dilancarkan

By Burhanudin Zamri | February 25, 2020

Pada 22 Februari 2020, DreadOut 2 akhirnya dilancarkan di platform permainan video PC Steam. Ia dibangunkan oleh Digital Happiness, sebuah studio yang bertapak di Bandung, Indonesia.

DreadOut 2 merupakan sekuel kepada DreadOut yang dilancarkan pada tahun 2014. Selepas dilancarkan, DreadOut menjadi popular dalam kalangan streamer di Indonesia dan juga luar negara.

Sama seperti DreadOut pertama, DreadOut 2 ialah permainan video seram di mana anda akan main sebagai seorang gadis. Pada waktu malam, anda akan meneroka beberapa lokasi untuk berhadapan dengan pelbagai jenis hantu dan raksasa.

Permainan ini juga mempunyai aspek kombat di mana anda akan menggunakan kamera telefon pintar untuk menangkap gambar hantu dan raksasa. Setiap tangkapan gambar akan menyakitkan makhluk halus yang anda hadapi.

Kalau anda pernah main permainan video dari siri Fatal Frame, anda mesti sudah biasa dengan gaya permainan sebegini.

DreadOut 2 boleh dibeli di Steam pada harga RM39. Pada waktu ini, terdapat promosi potongan harga 10% dan ia dijual pada harga RM35.10. Promosi ini akan berakhir pada 29 Februari 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.