DreamMax rasmi melepaskan kesemua pemain Mobile Legends

By Hazril Md Nor | July 26, 2021

Organisasi e-sukan Brazil, DreamMax rasmi melepaskan kesemua pemain Mobile Legends mereka.

Dalam satu hantaran di Instagram, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pemain di atas sumbangan dan masa mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by DreamMax E-Sports (@dreammaxesports)

Homis, Luiz, Cabral dan Mayke pernah menyertai kejohanan dunia MLBB, M2 sebelum ini.

Mereka juga bertembung dengan skuad Malaysia, Todak dan berpeluang bertarung dengan RRQ Hoshi.

Memandangkan Liga Profesional (MPL Brazil) akan memulakan musim liga tak lama lagi, pemain-pemain ini pastinya berhijrah ke pasukan yang sudah layak ke liga itu.

Jika dilihat di bio pemain-pemain, mereka meletakkan info seperti “Player of @vivokeyd”. Difahamkan, Vivo Keyd antara organisasi e-sukan terbesar di Brazil dan mempunyai banyak pasukan.

Tidak disangkal lagi, pemain-pemain ini pastinya mencari hala tuju baru kerana sudah tamat kontrak dan membuat keputusan menyertai Vivo Keyd.