Dua pemain Indonesia, Harpist dan Lyzerg masuk Team SMG

By Hazrul Md Nor | March 11, 2022

Selepas pengumuman berita Leixia keluar dari Team SMG untuk berehat, netizen menantikan siapakah bakal menggantikan Leixia.

Seperti kita sedia maklum, pasukan SMG masih mempunyai satu orang lagi jungler di dalam pasukan iaitu Subway.

Namun begitu, Team SMG kini mengumumkan kemasukan Jungler dan Roamer baru dari Indonesia iaitu Harpist dan Lyzrg.

https://www.instagram.com/p/Ca8whuRJWWX/

Harpist sudah pun memulakan debut pada minggu lepas. Pastinya minggu ini mereka akan lebih bersedia lagi.

Nantikan perlawanan jam 6:30 petang.