Dua Pengulas Esports Ini Merakam Kembali Detik Perlawanan Semis Dan Final AFF Suzuki Cup

By Hazril Md Nor | December 13, 2018

Arena esports membuka begitu banyak peluang kepada anak muda untuk meneroka bakat masing-masing. Ada yang dari bermain secara profesional pada mulanya, kemudian cuba menjadi pengulas seperti Synderen Dota 2 dan terus berjaya dalam bidang itu.

Jadi tak hairanlah kalau di Malaysia, perkara sama boleh berlaku. Ini kisah Matthews Izzac dan Aiman Roshizam, dua pengulas berbakat yang dikenali dalam komuniti FIFA dan FIFA Online tempatan!

Matthews di laman Facebooknya merakam semula video perlawanan final AFF Suzuki Cup yang menyaksikan Harimau Malaya melawan Naga Emas manakala Aiman pula mengulas perlawanan semi final antara Malaysia dan Thailand.

SAKSIKAN VIDEO DI SINI

INGIN BAKAT DIKETENGAHKAN 

Matthews Izzac. Sumber gambar dari FB.

“Kita dah nampak Malaysia punya ulasan. Bukan saja saya tapi netizen juga ada mengatakan ia tak cukup memberangsangkan. Jadi objektif saya merakam video ini adalah untuk menunjukkan kita ada bakat tempatan yang boleh mengulas stail EPL di Malaysia.

“Sebenarnya negara bukan tak ada bakat, tapi kita tak jumpa the right person yang boleh buat lagi bagus,”

Matt mengatakan dalam industri esports terutamanya, menunjukkan bakat Malaysia bukanlah di level amateur

“Mungkin sebab kami hanya berada ‘belakang tabir’ (esports) jadi orang kurang beri perhatian. Jadi sebab itulah saya datang dengan idea gunakan media sosial untuk tunjukkan bakat kami sebagai pengulas esports yang boleh mengulas bola sepak sebenar,”

Matt mempunyai satu impian. Disebabkan cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak tidak kecapaian kerana kecederaan yang membantutkan hasrat, dia menggunakan platform esports sebagai alternatif untuk meraih standard sebagai pengulas berbakat, sama ada esports ataupun sukan fizikal.

“Saya bercita-cita besar untuk muncul di kaca televisyen. Untuk orang menilai ulasan kami dengan sebaik mungkin. Ini mungkin membuka peluang mahupun lembaran baru untuk ke peringkat lebih tinggi dan mungkin lebar sayap mengulas untuk pertandingan luar negara juga,”

Bagi yang tak tahu, Matthews bukanlah sekadar mengulas untuk judul bola sepak digital seperti FO3, FIFA dan PES saja, sebaliknya dia juga pernah mengulas untuk Pro Wrestling.

 
 
 
View this post on Instagram

Insert “ Start from the bottom “ song by Drake here 😎 This is one of the most proudest moment of my life where i finally got the recognition from Kementerian Belia & Sukan (KBS)/ Government of Malaysia after 3 years of hardwork being a professional sports commentator for the esports football scene than later hopping into real life professional wrestling and acting. Thank you so much to everyone who support me through thick and thin from the start. Started off with nothing, poor high school results and a hopeless kid for the future but in 5 years I’ve turned the tables around to someone that i never once thought I’d be. They say life is all about risking for that one dream no one can see but you. This is not the end, this is the beginning to many more to come in life. I’m extremely grateful, humbled and thankful to all the people who supported me, motivated me and pushed me to do things beyond my limits. May god bless each & everyone of you in life. You guys know who you are and you guys are the real MVP’s. Lastly all glory goes to god himself. To many more success and achievements to come 💪🏼❤️🌹 🇲🇾 #governmentrecognition #kbs #kementerianbeliadansukan #hustle

A post shared by Matthews Izzac (@matthewsizzac) on

CABAR DIRI MENGULAS LEBIH BAIK 

Aiman ‘Sekaiichi’ Roshizam. Gambar dari FB Borneo e-Arena

“Sebagai penonton, saya nak rasa energi daripada pengulas, bukan saja info, hype dan passion. Jadi tak ada lah nampak perlawanan itu seperti kurang impak dan agak membosankan.

“Sebagai pemain, buat gol tapi tak ada hype, apa maknanya kan? Tak cukup umphhh orang kata. Sebagai pemain, kita rakam momen itu (jaringkan gol terbaik) mungkin sekali saja dalam hidup jadi mesti standard diletakkan untuk pengulasan itu tinggi.

“Jadi sebab inilah saya hadir dengan idea untuk merakam kembali detik perlawanan ini. Dari kedua perspektif ini, saya cuba tampilkan satu gaya ulasan yang boleh diterima pakai semua orang. Bagi semua orang rasa perlawanan ini sangat bermakna untuk mereka,”

Aiman mengatakan banyak yang dia belajar dari esports, dengan ada kelengkapan elektronik membantu lagi untuk mengulas. Tapi kali ini tanpa setup gah-gah dan studio, dia menggunakan video highlight dari Youtube untuk menghasilkan rakaman kembali ini.

Walaupun sekejap dan videonya agak ringkas, penulis sendiri tertarik dengan tenaga pengulas seperti Aiman yang juga berbakat mengulas dalam Bahasa Inggeris. Aiman pernah dipanggil mengulas untuk acara esports PSG Esports Challenge di Singapura, kerjasama antara Paris Saint Germain dan Team Flash.

“Saya pernah terpilih untuk mengulas bagi Selangor Champions League (SCL) 2018 untuk empat perlawanan quarter final. Daripada 15 minit mengulas game bola kepada 90 minit full match. Terasa kelainan tapi satu cabaran yang saya takkan lupa dan ingin cuba lagi,”

Aiman berharap bakatnya dapat diketengahkan lagi di kaca televisyen dan sememangnya dia seorang yang ingin terus belajar tanpa gentar akan cabaran.

“Kalau diberi peluang, memang saya akan gunakan sebaiknya untuk gilap bakat sebagai pengulas bola sepak sebenar,”