E-sukan PUBG di China berkemungkinan besar bakal berakhir?

By Mike Hayate | September 28, 2021

China kini bukan sahaja menyekat masa permainan video tetapi kini cuba untuk mengawal penstriman permainan video.

Satu laporan dari leaker PUBG mengatakan PUBG sudah dibuang dari pelantar penstriman besar di China.

Menurut PlayerIGN yang juga individu terkenal dengan leak PUBG membuat satu ciapan yang mengejutkan ramai pihak.

”E-sukan PUBG di China berkemungkinan besar akan berakhir”

PUBG sudah dibuang dari DouYu, Huya dan juga penstriman Tencent egame.gg. Ini seolah-olah menunjukkan PUBG dibuang dari platform penstriman popular.

Ia dibuat selepas perjumpaan Tencent dan kerajaan China awal bulan ini yang memerlukan pemberhentian beberapa kebenaran permainan.

Pada masa yang sama, PUBG Continental Series 5 juga sedang berlangsung membabitkan pasukan China iaitu NewHappy dan Games Forever Young. Pemain, pasukan dan penganjur tak akan dapat menayangkan kejohanan ini jika peraturan ini berkuatkuasa.

Tencent juga diberitahu supaya tidak hanya memberi fokus kepada keuntungan dan juga menghalang masalah ketagihan di antara kanak-kanak dan remaja bawah umur.

Bukan hanya PUBG malah beberapa permainan video lain di China juga dikenakan desakan dari kerajaan China juga.