Eksklusif bersama ChuChuGaming – persoalan akhirnya terjawab

By Mike Hayate | June 4, 2021

Baru-baru ini pengulas tersohor e-sukan khususnya PUBG Mobile dan Mobile Legends, ChuChu Gaming atau nama sebenarnya Andriyana Mohd Ghazali membuat satu kenyataan di Facebook mengenai pilihannya untuk kembali berkhidmat dalam bidang perubatan.

Kami berjaya mendapatkan temu bual eksklusif dengan ChuChu. Ini adalah sedikit sebanyak persoalan yang terjawab dari perkongsian bersamanya. Tonton video penuh atau baca ringkasan artikel.

1.ChuChu ingin menukar karier daripada pengulas kepada bidang perubatan. Apa yang mendorong ChuChu untuk buat keputusan tersebut?

“Sebenarnya gaji tak seberapa pon. Banyak orang yang berada di dalam bidang perubatan sebenarnya dibayar kurang dari sepatutnya (underpaid).

“E-sukan sebenarnya adalah untuk salah mengisi masa lepang dan saya akhirnya berjaya mencapai matlamat dan sasaran saya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

“Saya nak buat kerja yang ada sense of purpose. Saya juga ingin mencari semangat baharu untuk ke hadapan meninggalkan impak kepada ramai,” ujar ChuChu.

Wang bukanlah masalah yang membuatkan ChuChu menukar bidang. Sebenarnya niat untuk menjadi ‘history makers’ yang dapat meninggalkan nama. Lebih kepada untuk membantu orang lain kerana ChuChu mempunyai kelebihan dan pengetahuan dalam bidang perubatan tetapi tidak menggunakannya kerana sudah lama tidak mempraktikkannya. 

“Sedih melihat kawan-kawan yang kena COVID-19 dan sebagainya, KKM juga memohon untuk sukarelawan. Saya ada ilmu tapi tak buat apa-apa,” kata ChuChu.

2. Kalau ada peluang untuk menjadi shoutcaster kejohanan e-sukan, bagaimana ChuChu boleh menbahagikan masa sebagai doktor dan shoutcaster?

“Saya dalam kenyataan baru ini saya ada beritahy saya tidak berhenti dari e-sukan saya masih berada dalam e-sukan tapi secara sambilan. Saya masih akan stream secara kasual,”

3. Apa respon dari keluarga, kawan dan rakan industri tentang perubahan karier yang sebenarnya agak jauh?

“Keluarga saya sangat membantu apabila saya masuk ke dalam e-sukan dan mereka juga mementingkan pendidikan. Keluarga juga banyak bertanya tentang pelan saya apabila berada dalam industri e-sukan. Saya masih tidak akan tinggalkan bidang perubatan.

“Kawan-kawan doktor juga terkejut dan persoalkan sebenarnya saya telah selesa berada dalam industri e-sukan,” katanya.

Dengan keadaan yang tengah bergolak sekarang, ChuChu akan cuba untuk membuat sesuatu yang akan membantu semua orang.

Akhir kata dari ChuChu “Once a gamer, always a gamer. Once you’re a ChuFam you’re always my family.”

Terima kasih kepada ChuChu sebab sudi berkongsi dengan kami! Semoga berjaya dalam bidang perubatan selepas ini sebagai barisan hadapan terhebat!