ePiala Malaysia Akan Bermula Esok – 8 Pemain Terbaik FIFA Negara Bertanding Untuk RM10,000

By Hazril Md Nor | September 25, 2019

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah ke hadapan apabila melancarkan ePiala Malaysia 2019, satu kejohanan e-sukan FIFA 20 dengan kerjasama Gamesbond selaku penganjur. Ini adalah salah satu usaha MFL untuk memberi sokongan terhadap e-sukan yang semakin digilai anak muda masa kini.

Pemain yang akan bertanding dalam ePiala Malaysia 2019 ini adalah nama-nama yang sudah dikenali. Cabut undi sudah pun dibuat dan ini pasukan yang akan diwakili mereka nanti. Jom lihat senarai ini:

  1. Muhammad Luqman Haziq Bin Hajiman (LuqmanHzq), 22 tahun – TERENGGANU FC
  2. Nur Amirul Bin Afandi (Amtuah), 25 tahun – PERAK 
  3. Muhammad Syahril Mispardi (Syahril), 33 tahun – PAHANG 
  4. Kathireswaran Sugumaran (Infamous9), 25 tahun – PKNP 
  5. Mirza Mohammad Nabil Beg Bin Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale), 22 tahun – MELAKA
  6. Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa (IsMirza), 21 tahun – SELANGOR 
  7. Ahmad Shahrin Bin Shaharudin (Ayen), 19 tahun – KEDAH
  8. Putera Sufrie Nizam Bin Subardron (Killer), 18 tahun – JOHOR DARUL TA’ZIM

Lapan quarterfinalists ini antara terpilih mengikut ranking dunia FIFA dan juga pencapaian mereka dalam menjuarai kejohanan kebangsaan. Mereka juga akan bermain perlawanan ini menggunakan FIFA 20 yang baru dilancarkan tak lama dulu.

Perlawanan suku akhir akan bermula esok pada jam 8 malam yang akan disiarkan melalui strim di Facebook rasmi MFL dan iflix.

Sementara itu, semi final akan bermula pada 17 Oktober dan final pada 2 November 2019. Format digunakan adalah home-away. Final ePiala Malaysia 2019 akan dimulakan sebelum perlawanan bola sepak sebenar (Piala Malaysia) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Cetusan idea ini adalah dari TMJ sendiri jadi apabila diberi peluang ini kami cuba untuk membawakan pengalaman e-sukan ke satu tahap berbeza.

“Ini hanyalah permulaan dari perancangan jangka panjang kami,” kata Fazli Razak, Pengarah Urusan Gamesbond.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, mereka melihat e-sukan sebagai platform untuk mempromosikan sukan bolasepak selain menggalakkan generasi baru untuk menaruh minat terhadap sukan fizikal terutamanya bolasepak.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM10,000 yang mana pemenang membawa pulang RM5,000 dan trofi ePiala Malaysia.

Untuk info lanjut, layari https://www.malaysianfootballleague.com/portal/index.php