Epic Games Memerlukan 700 Pekerja Untuk Mengusahakan Fortnite

By Hazril Md Nor | March 24, 2018

Mungkin ramai tak tau, Epic Games bukan je develop Fortnite tapi juga game aksi multiplayer lain seperti Paragon. Harapan mereka juga besar dengan keluaran terbaru Unreal Tournament untuk PC. 

Tapi semua tu berubah apabila Fortnite mula meningkat populariti. Hasilnya, Paragon akan tutup bisnes dan nasib Unreal pulak masih belum diketahui. 

Pengasas Epic Games, Tim Sweeney menjelaskan hal ini “Kami mempunyai 700 pekerja di Epic dan ini majoriti. Tapi ia situasi luar biasa. Pada mulanya kami hanya seramai 25 orang (Fortnite) dan sekarang perlu menambah sehingga jumlah ini.

“Sekarang kami mempunyai peranan besar dalam syarikat untuk game Fortnite dan banyak lagi pelan menarik akan datang. Tapi ia bukanlah pelan jangka panjang. Epic dah bertapak selama 27 tahun dan kami semestinya ada banyak lagi game yang sedang dibangunkan,” 

Selain projek-projek itu, game title lain seperti Spyjinx dan Battlebreakers bersama update Fortnite yang tak terbilang banyaknya. Kami belajar dari pengalaman,” Sweeney menjelaskan. 

Sweeney juga ditanya jika Fornite adalah game paling popular untuk syarikat itu. “Kami dah melancarkan game Gears of War untuk beberapa lama sepanjang 10 tahun. Tapi Fortnite juga popular dan ramai orang mainnya berbanding Gears of War. Tak ada halangan untuk main kerana ia boleh diakses di mana-mana,”

Fortnite dilancarkan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC.