Epic Games Memperoleh Keuntungan AS$1.5 Juta Untuk Fortnite Mobile Dalam Masa 4 Hari

By Hazril Md Nor | March 21, 2018

Dalam masa kurang seminggu, Fornite keluaran Epic Games dah pun jadi fenomena di mobile, menduduki tangga pertama carta muat turun di iOS untuk lebih 40 buah negara walaupun hanya berstatus invite-only.

Mengikut data dari Sensor Tower Store Intelligence, kita dapat mengukur keuntungan diperoleh dari kejayaan itu. Mengikut jangkaan, Fortnite memperoleh lebih AS$ 1.5 juta di seluruh dunia untuk iOS yang mana AS$1 juta diperoleh dalam masa 72 jam ciri transaksi mikro (in-app-purchases) diaktifkan. Angka ini melangkaui pesaing-pesaing lain dalam genre mobile survival game.

Carta menunjukkan 4 hari pertama Fortnite mengaut keuntungan berbanding Knives Out dan Rules of Survival:

Kredit gambar: SensorTower

Mengikut carta itu, Fortnite melepasi keuntungan diperoleh oleh Knives Out dan Rules of Survival yang dibangunkan oleh NetEase melebihi 25 dalam 4 hari pertama pengaktifan IAP. Transaksi mikro itu membolehkan pemain membeli senjata, kostum dan sebagainya dengan mata wang V-Bucks. 

 

Tapi ternyata rekod ini mungkin tak boleh tahan lama (jangkaan) kerana Tencent baru saja melancarkan PUBG Mobile di Android & iOS. Pastinya permainan mudah alih ini akan jadi pesaing dari segi transaksi mikro. Ia baru saja dilancarkan semalam tapi pastinya Tencent akan berkongsi tak lama lagi berapa keuntungan diperoleh dari IAP untuk PUBG Mobile.

Fortnite hanya melancarkan versi di iOS ini untuk jemputan tertentu saja dan Tencent mungkin memperoleh green-light untuk menyaksikan lebih banyak IAP dari kedua-dua platform iaitu Android & iOS sekali gus.

Sumber: Sensortower