ESL Malaysia: 21 Hunstmen Juara Call Of Duty Mobile, Bawa Pulang RM20,000

By Hazril Md Nor | April 11, 2020

Kejohanan ESL Malaysia Call of Duty Mobile akhirnya berakhir dan menyaksikan 21 Huntsmen bergelar juara selepas ‘meratakan’ RamPaGe Gaming dengan kemenangan bersih bagi ketiga-tiga mod yang dimainkan.

21 Hunstmen diwakili oleh:

  • RanGer – Abdul Hakiem bin Tajudin
  • Edz – Farris Rauf bin Ahmad Faizul
  • Raven – Ameer Imran Bin Zainal Azman
  • Derp – Muhammad Irfan Danial bin Zapri
  • Wenn – Tan Teck Woon

Dalam kejohanan yang mengumpulkan RM40,000 hadiah terkumpul itu, mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000.

Difahamkan, 21 Huntsmen tidak pernah kalah satu perlawanan pun sepanjang kejohanan ini (selain seri pada Game 2 di finals). Wenn pula adalah pemenang dengan 2 kali rekod, pertama sekali ketika bersama M8Hexa.

Mereka berjaya menobatkan Wenn sebagai MVP pada playoffs yang membantu pasukannya memenangi ke atas Axis 3-0 yang juga juara bertahan.

Bagi anda yang tidak tahu, perlawanan Grand Final ke atas RamPaGe ini adalah mimpi menjadi kenyataan buat RanGer kerana beliau sebelum ini juga pemain profesional bagi pasukan tersebut dalam Call of Duty dan kini mempunyai impian sama untuk membawa pasukannya menjadi yang terbaik, bermula dari Asia Tenggara.

Sementara itu, di naib juara, RamPaGe membawa pulang RM10,000 dan tempat ketiga (Axis) serta keempat (Mysterious VIP) masing-masing menerima RM6,000 dan RM4,000

Saksikan kembali live perlawanan mereka di LINK ini.