Esports dibenarkan ketika PKPB – Ismail Sabri

By Hazril Md Nor | October 13, 2020

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sukan yang tidak bersentuhan, e-sukan dan sukan yang tidak melebihi daripada 10 orang adalah dibenarkan untuk dianjur ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuatkuasa pada 14 Oktober hingga 26 Oktober ini.

Beliau berucap dalam satu sidang media petang tadi.

PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dikuatkuasakan berikutan terdapat kes COVID-19 yang melonjak naik dalam kalangan komuniti.

Sementara itu di Sabah, PKPB sudah bermula sejak semalam.

Sebelum ini, e-sukan dianjurkan secara dalam talian dan peserta tidak perlu berada di lokasi ia diadakan malah mereka boleh bertanding dari rumah sahaja.

Umumnya, kejohanan besar seperti PUBG Mobile World League (PMWL) diadakan secara dalam talian, diikuti dengan Liga Profesional (PMPL). Bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) pula ia dianjurkan sepenuhnya secara dalam talian.

Produksi diadakan di satu lokasi berlainan dan pemain bermain dari gaming house atau lokasi asing untuk musim liga tersebut.

PMPL SEA Finals dan MPL MYSG Musim Keenam playoffs akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini.

Foto: Harian Metro