EVOS Esports SG Berkolaborasi Bersama Domino’s

By Hazril Md Nor | October 11, 2019

Bagi mengembangkan pengaruh di Malaysia dan Singapura, EVOS Esports berkolaborasi bersama jenama Domino’s Pizza.

Ini bermakna segala promosi Domino akan turut disertakan di bawah jenama EVOS Esports MY SG di mana EVOS juga akan turut menyediakan kandungan eksklusif bagi Domino (kandungan berbentuk video, artikel dan sebagainya).

Domino pula akan memberi sokongan dalam bentuk bantuan infrastruktur dan pendedahan dalam pasaran. Bagaimanapun, mereka tidak pula mengulas lanjut mengenai infrastruktur (sama ada ia dalam bentuk gaming house ataupun tempat latihan lain).

Dengan kolaborasi ini, EVOS nekad untuk memperluaskan pasarannya di Malaysia dan Singapura dan pelbagai usaha sudah pun dibuat antara lainnya, mewujudkan media sosial dengan kandungan bahasa Melayu, melancarkan produk sendiri seperti baju atlit (jersi) dan lain-lain merchandise di Malaysia.

Pemain EVOS pula ada yang menceburi bidang penstriman untuk menghiburkan peminat di Malaysia dan Singapura.