Fallout 76 Adalah Game Survival Online – Akan Hadir Pada 14 November 2018

By Hazril Md Nor | June 11, 2018

Mengikut trailer terbaru dan beberapa maklumat dari persidangan Microsoft, Bethesda mendedahkan lebih banyak mengenai Fallout 76. 

Permainan itu akan menggunakan later tempat di West Virginia dan korang adalah salah seorang yang muncul ke Wasteland selepas apokalips nuklear. Fallout 76 juga adalah prekuel kepada permainan lain dan empat kali ganda lebih besar berbanding Fallout 4.

Produser Eksekutif, Todd Howard berkongsi lanjut.

Howard berkata Vault 76 dibangunkan untuk menyambut ulang tahun ke-300 Amerika dan korang dipilih untuk memasuki vault dan menunggu hari sesuai untuk kembali ke dunia. Ketika demo gameplay, pemain diberi arahan untuk keluar daripada Overseer yang mengatakan harinya sudah tiba.

 

Ketika korang keluar, korang mendapat tahu yang lain dah lama pergi. Fallout 76 menggunakan teknologi pencahayaan dan rendering baharu, membenarkan 16 kali lebih detail. Pemain akan mengembara ke enam rantau, setiap satunya dengan stail tersendiri dan bahaya serta ganjaran lumayan; juga terdapat makhluk baru untuk ditembungi.

Dari segi sambungan Internet, ia perlu dimainkan sepenuhnya dalam talian tapi korang boleh juga solo. Ia juga berkonsepkan dunia terbuka dan menurut Howard, kematian tak bermakna kehilangan progession. Korang juga boleh menyertai kawan-kawan dan ramai lagi pemain lain bersama.

Howard juga menekankan pilihan pemain adalah sangat penting jadi pemain boleh pilih siapa hero dan penjahat. Ketika gameplay ditunjuk, beberapa pemain bertarung, melawan alien, ada elemen crafting, emotions dan sebagainya; menunjukkan korang boleh ada kebebasan untuk berbuat apa saja tapi bersama.

Apa yang turut hadir dari Fallout 4 ialah kebolehan pemain membina bandar sendiri dan binaan tersebut boleh diserang oleh Schorchbeast, yang perlu ditewaskan bersendirian atau bersama rakan. 

Peta Fallout 76 juga akan mempunyai beberapa kawasan nuklear yang mana pemain boleh gunakannya sebaik mungkin. Untuk mendapatkannya, korang perlu mencari kod akses. Dengan kod penuh, korang boleh melancarkan nuklear di mana saja dalam peta dan pemain akan mencari pelbagai ganjaran. Tapi korang perlu berdepan beberapa rintangan dari radiasi nuklear untuk mendapatkannya.

Ia akan hadir pada 14 November 2018.