Farang Guerilla menjuarai MEL 2021 Selangor, dapat slot ke peringkat kebangsaan

By Hazrul Md Nor | August 20, 2021

Farang Esports mengumumkan pasukan PUBG Mobile mereka, Farang Guerilla berjaya menjuarai MEL21 Selangor, mereka mendapat wang hadiah berjumlah RM2,000 dan juga slot di peringkat kebangsaan. Hantaran itu dimuat naik di Facebook rasmi TheFarang Esports.

Mereka juga akan mengadakan giveway untuk para peminat yang menyokong mereka sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Mereka berjaya mengumpul mata penyingkiran sebanyak 57 dan jumlah mata keseluruhan sebanyak 129 mata setakat hari ketiga, di belakang mereka adalah Suhaz Esports yang memegang mata sebanyak 123.

Namun begitu, masih ada baki pusingan sebanyak 6 kali untuk dihabiskan. Selangor kini berada di kedudukan kedua setakat ini dengan Pulau Pinang mendahului sebanyak 113 mata.

Pusingan akhir akan dimulakan pada 22 Ogos ini, hadiah-hadiah menarik juga akan diberikan kepada penonton yang bertuah. Liga e-sukan Malaysia ini dianjurkan oleh KBS dan ESI dengan kerjasama Persatuan-Persatuan e-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan.