FIFA 19: Ini Dia 4 Ciri Baru Yang Buat Korang Tak Sabar Nak Main!

By Hazril Md Nor | September 27, 2018

Seperti biasa setiap tahun, mesti akan ada edisi baru untuk siri FIFA dan kali ini EA menyertakan beberapa ciri baru yang membuatkan ia lebih mencabar berbanding dulu. Nak tahu apa dia? Haaa jom baca lebih lanjut!

Kick Off

Seperti yang kita semua tahu, Kick Off adalah bread and butter yang memang dimainkan oleh kesemua pemain siri FIFA tak kiralah yang pandai main atau tidak. Tapi untuk edisi kali ini, ia akan datang dengan fungsi baru. Sebagai contoh, korang boleh setkan AI untuk setiap pasukan dan permulaan skor, memudahkan pemain baru yang nak berjinak-jinak dengan FIFA 19.

House Rules pula membolehkan korang menukar corak permainan. Sebagai contoh, ‘First To’ digunakan untuk menetapkan had gol, ‘No Rules’ membuang off cards dan offsides untuk kelainan. Yang lebih mencabar, ‘Headers & Volleys’ memerlukan korang untuk gol dengan dua cara ini saja dan ‘Long Range’ pula akan memberikan ganjaran dua gol jika korang skor di luar kotak. 

Bagaimanapun, mod-mod baru ini takkan disertakan dalam talian.. mungkin EA akan ubah kelak? Mana tau kan.

Battle Royale

Nampaknya EA pun akan ikut jejak langkah pembangun lain, memperkenalkan mod Battle Royale kepada peminat bola sepak. Seperti yang kita tahu, mod ini pada mulanya dipopularkan oleh PUBG dan Fortnite. Di dalam FIFA 19 Survival Mode, satu gol yang skor akan membuatkan seorang dari pemain korang (dipilih secara rawak) akan meninggalkan arena.

Ia mengikut peraturan bola sepak sebenar yang mana satu perlawanan akan berakhir apabila kedua-dua pihak mempunyai kurang dari tujuh pemain. Jadi korang perlu skor lima gol untuk membuatkan lima dari pemain meninggalkan perlawanan.

Bukanlah sama betul-betul macam PUBG dan Fortnite dan EA juga dah lama hadir dengan idea ini.

Finishing Lebih Baik

Mungkin inilah perubahan yang agak ketara sekali untuk gameplay FIFA 19. Mengikut pemain profesional FIFA, Amirul ‘AmTuah’ Afandi, perubahan ini menggalakkan pemain untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Kalau dulu ia bergantung kepada drive shot untuk skor gol dengan mudah, kali ini berbeza. 

“Bagi FIFA 19, sekarang ada tambahan butang untuk timed finishing. Pemain perlu menekan serentak dan hold R1 dan L1 sementara perlu mengawal analog kiri untuk sasar pada gawang gol. Kemudian, power up kuasa sepakan sehingga 2 bar.

“Sekarang ia mempunyai possibility untuk skor sebanyak 50% kerana penjaga gol dah bersedia untuk save. Bagi saya ia bagus kerana pemain perlu biasa dengan mekanisme ini dan tak lagi bergantung kepada ‘nasib’,” katanya.

Tapi, kalau korang rasa susah dan untuk cuba sepakan biasa, boleh saja cuma fungsi ini membuatkan ia lebih mencabar dan rewarding kalau ia boleh dilakukan dengan baik.

Stat Tracking

Sekarang, korang boleh cipta profil berbeza dalam permainan yang boleh dipilih sebelum mula mana-mana perlawanan. Setiap profil ini kumpul maklumat penting seperti skor terbanyak dan sebagainya. Ia juga akan membandingkan stats ini dengan profil lain jadi korang boleh track berapa kali korang menang atau kalah dengan pemain lain yang ada profil di konsol sama.

Ia akan bind dengan PSN atau Xbox Live jadi ia boleh dipindahkan ke konsol lain juga. Jadi sekarang, senang lah korang nak cari siapa yang main paling terbaik di antara geng-geng korang. Tak perlu lagi carta panjang berjela untuk kumpul kemenangan, gol, dan berapa kali kalah.

Ya, penulis tahu ada yang dah dapat main sebab korang pra-tempah awal tapi bagi yang belum beli tu, korang get-ready lah duit esok ya sebab ia akan rasmi dilancarkan esok (standard edition)! Pastikan permainan video ini dalam koleksi korang (untuk yang belum pernah main FIFA).

FIFA19 sudah pun keluar dan EA Sports ingin menghantar anda ke Europa untuk menyaksikan perlawanan Champions League!! Siap dengan ticket penerbangan dan hotel! Betul bro tak tipu!

Cara nak menang simple sangat, cuma klik di sini: www.futunited.com/my dan ikuti arahan. Kalau menang nanti jangan lupa ajak penulis tau!