Final Fantasy 7 Remake Hanya Eksklusif Di PS4 Sehingga April 2021

By Burhanudin Zamri | February 6, 2020

Pada bulan lepas, Square Enix mengejutkan dunia dengan pengumuman tarikh pelancaran Final Fantasy VII (FF7) Remake ditunda ke 10 April 2020.

Permainan video tersebut akan dilancarkan hanya untuk PlayStation 4 (PS4) untuk sementara waktu dan keadaan eksklusifnya itu hanya kekal untuk tempoh setahun.

Asalnya, tempoh tersebut sepatutnya berakhir pada 3 Mac 2021. Menurut cover FF7 Remake yang terkini, tarikh itu ditunda ke 10 April 2021.

Malangnya, Square Enix tidak menamakan konsol dan platform lain yang akan menerima FF7 Remake. Kemungkinan besar ia akan tiba untuk PC dan juga Xbox One tetapi kita perlu tunggu dan lihat dahulu.

Bahagian pertama FF7 Remake akan dilancarkan untuk PS4 pada 10 April 2020. Square Enix merancang untuk keluarkan permainan video ini dalam beberapa bahagian mengikut format episodic.

Sumber: Twinfinite

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.