Final Fantasy XIV terpaksa dihentikan jualan kerana terlalu berjaya

By syazwanbahri | December 17, 2021

Final Fantasy XIV adalah sebuah permainan MMORPG (Massively multiplayer online role-playing game) yang asalnya tidak berjaya.

Permainan itu juga direhatkan dan ditutup pelayan selama beberapa tahun untuk memperbaiki segala kesilapan yang ditekankan oleh pemain.

Sewaktu kemunculan semula permainan, ia dinamakan sebagai Final Fantasy XIV: A Realm Reborn, yang melambangkan kelahiran semula permainan itu.

Square Enix berjaya menyelamatkan permainan itu dengan jutaan pemain yang kini bermain permainan itu.

Tambahan pula, dengan pelancaran pengembangan permainan terbaharu, Endwalker, permainan ini menerima lebih puluhan juta pemain yang menyebabkan pelayan tersangkut.

Oleh itu, Square Enix terpaksa menghentikan jualan Final Fantasy XIV Endwalker bagi memberi ruang untuk pasukan pembangun menyelesaikan masalah serta pemain untuk menyertai pelayan.

Square Enix juga mengumumkan penangguhan apa-apa jenis bahan pemasaran. 

Bagi pemain yang menghadapi Error 2002, Square Enix menyiasat dan mendapati bahawa pepijat itu disebabkan oleh program berkaitan log masuk yang muncul dalam Final Fantasy XIV versi 1.0.

Ia akan diperbaiki dalam kemas kini yang akan datang untuk pelanggan permainan yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada 21 Disember.

Square Enix memahami situasi ini dan melanjutkan masa permainan percuma yang ditawarkan kepada pemain sedia ada dengan tambahan 14 hari, yang menjadikan sebanyak 21 hari percuma untuk sesiapa sahaja yang memiliki permainan penuh dan mempunyai langganan aktif mulai 21 Disember.

Sumber rujukan: Twitter