Fnatic berjaya tundukkan Cloud9 di ‘overtime’

By Taib Mohamed | December 2, 2021

Perlawanan ketiga pada hari pertama VCT Champions 2021 melihat Fnatic menentang Cloud9, dan menyaksikan Fnatic berjaya menewaskan Cloud9 dengan keputusan 2-1.

Perlawanan pertama di Icebox di mana perlawanan berlangsung dengan cukup sengit dengan Fnatic berjaya menewaskan Cloud9 dengan 13-11.  

Namun, perlawanan kedua di peta pilihan Cloud9 iaitu Split, mereka berjaya membawa kemenangan buat Cloud9 dengan membalas 13-11 kepada Fnatic.

Perlawanan penentuan ditentukan di Fracture yang pertama kali digunakan di kejohanan VCT. Di sini, masing-masing mempamerkan kemampuan masing-masing dan membawa perlawanan hingga ke Overtime, sebelum Fnatic akhirnya menjinakkan Cloud9 dengan 14-12. 

Pada hari kedua, akan menyaksikan Team Secret menentang Gambit pada jam 10.00 malam ini waktu Malaysia diikuti Sentinel menentang Furia dan KRU menentang Team Liquid.

Perlawanan boleh disaksikan di saluran rasmi VALORANT di Trovo, Twitch dan YouTube.

Sumber: Dexerto. VALORANT Esports. Dot Esports