Fortnite Kini Boleh Dimainkan Semua Pengguna Di iOS – Tiada Lagi Jemputan Khas!

By Hazril Md Nor | April 3, 2018

Ya betul, secara rasminya Fornite Mobile sekarang boleh dimainkan di semua peranti iOS bermula dari iPhone SE, 6S dan ke atas!

Berita baik itu diumumkan oleh Epic Games sendiri dekat laman Twitter mereka.

Kalau korang perasan, sebelum ni hanya yang terpilih je dapat main kerana perlukan special link atau invitation daripada kawan untuk main mod Battle Royale Fortnite di telefon pintar korang.

Pengumuman hari ini bermakna semua boleh main dengan muat turun di Apple App Store. Pemilik di PC dan versi konsol permainan itu boleh log masuk akaun Epic Games dan kongsi semua progress di semua platform termasuk akses kepada item yang dah diunlocked

Ini juga bermakna korang boleh crossplay; main di iOS bersama kawan di platform lain. Gerakan Epic Games ini sebenarnya tak lain tak bukan ialah untuk test market tapi memandangkan PUBG dah keluarkan versi mereka di mobile, ia mencabar Epic Games untuk keluarkan Fortnite juga dalam masa lebih awal (mungkin la. Pendapat penulis aje).