Fortnite World Cup: Remaja 16 Tahun Jadi Juara, Bawa Pulang RM12 Juta

By Intan Mawarni | July 29, 2019

Remaja berumur 16 tahun, Kyle “Bugha” Geirsdorf menjuarai Fortnite World Cup dan membawa pulang hadiah sebanyak USD$3 juta (RM12 juta).

Pemain Fortnite berasal dari Amerika Syarikat untuk pasukan Sentinels menduduki tempat pertama dalam kategori Solos yang mana pemain akan bertanding dalam 6 perlawanan.

Pada perlawanan pertama, Bugha bermula dengan kuat dan terus bermain secara konsisten. Di akhir perlawanan, Bugha pegang Victory Royale dengan 59 mata dan meninggalkan pesaingnya, Psalm cuma mengumpul 33 mata. 

Psalm duduk di tempat kedua dan bawa pulang hadiah USD$1.8 juta (RM7.4 juta). EpikWhale menang tempat ketiga dengan tipis iaitu sebanyak 32 mata dan dihadiahi USD$1.2 juta (RM4.9 juta).

Kreo dan King pula masing-masing berada di tempat keempat dan kedua-dua memenangi hadiah USD$1.05 (RM4.3 juta). Korang boleh tengok seluruh kedudukan kategori Solos di sini.

Fortnite World Cup yang pertama diadakan di Stadium Arthur Ashe, New York menyaksikan tiga acara dipertandingkan iaitu Pro-Am, Solos dan Duos dengan hadiah wang terkumpul sebanyak USD$30 juta (RM123.6 juta).

Juara kategori Duo disandang oleh pemain dari benua Eropah, Nyhrox dan Aqua yang berkongsi hadiah USD$3 juta (RM12 juta).

Selain itu, Epic Games menyelitkan satu acah untuk Season 10 iaitu mengingatkan kembali pemain ke Dusty Depot. Apa yang bakal berubah kepada peta ini? Nantikan perubahaan dalam musim baru yang akan bermula pada 1 Ogos.

Sumber: Kotaku

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.