Forza Street kini boleh dimuat turun untuk Android dan iOS

By Burhanudin Zamri | May 6, 2020

Permainan perlumbaan siri Forza sangat terkenal di platform PC dan Xbox. Kini ia telah tiba di peranti mudah alih dan boleh dinikmati secara percuma oleh pengguna Android dan iOS.

Forza Street telah dilancarkan secara global dan kini boleh dimuat secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. Bagi pemilik peranti Samsung, anda akan dapat sebuah Ford Mustang GT 2015 yang mempunyai cat bertemakan Galaxy jika anda muat turun melalui Samsung Galaxy Store.

Tidak seperti kebanyakan permainan perlumbaan mudah alih, Forza Street mempunyai sebuah mod single player yang mempunyai jalan cerita. Satu lagi perkara menarik tentang judul ini ialah anda boleh memindahkan kemajuan anda dari versi mudah alih ke versi PC melalui akaun Xbox Live.

Adakah judul ini akan menjadi pesaing yang mantap kepada Asphalt 9: Legends? Mari kita cuba dan bandingkan kedua-duanya.

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.