FrostFire Melepaskan Kesemua Pemain CS:GO Dan PUBG

By Hazril Md Nor | November 5, 2019

Organisasi e-sukan tempatan, FrostFire melepaskan satu-satunya skuad Counter Strike: Global Offensive mereka yang dianggotai oleh lima anak muda berbakat, Aiman Azham, Ashraf Firdaus, Shamir Zaman, Mohd Arsad dan Haiqal Nagib.

Mereka juga melepaskan pemain-pemain skuad PUBG. Berita itu diumumkan di laman Facebook page rasmi FrostFire.

Mengikut catatan di posting tersebut, FrostFire mempunyai beberapa pertukaran roster termasuklah melepaskas pemain bintang mereka, d4v41 yang dibeli oleh skuad Singapura, BOOT LETOU.

Selain itu, dua bakat muda baru, Avirity dan Nutr1x menyertai tidak lama dulu sebelum Nutr1x digantikan oleh hiqa1 bagi roster CS:GO.

Sepanjang tahun ini, mereka bermain di LAN Final untuk kejohanan Charleroi Esports, menggantikan BOOT yang menarik diri. 

FrostFire CS:GO juga layak ke kejohanan Omen Challenger Series 2019 yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini. Dalam pertandingan itu, mereka bagaimanapun gagal ke playoffs.

—-

Pada masa sama, FrostFire membuka peluang untuk orang ramai menyertai skuad profesional mereka dengan menghantar butiran profil.

(Sumber: FrostFire. // Foto: Facebook / FrostFire)