Gadis menjual motosikal ayah, sebab nak jumpa lelaki yang dikenali dalam Free Fire

By Mike Hayate | June 21, 2021

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA.

Cinta hati atas talian ini boleh dikatakan seperti Romeo dan Juliet versi moden. Namun harapan yang tinggi akhirnya menjadi pengalaman sedih untuk seorang gadis apabila dia ingin berjumpa dengan sorang lelaki yang selalu bermain Free Fire dengannya.

Pengalaman ini adalah pengajaran untuk pemain Free Fire dari Indonesia. Tinggal di Tangkit yang merupakan bandar di Jambi, Indonesia, gadis itu sanggup melakukan apa sahaja unuk berjumpa teman lelaki atas taliannya ini.

Apabila sampai di lapangan terbang Jambi dirinya dihampakan apabila teman lelaki yang disangka itu tidak muncul.

Mereka berdua dikatakan telah menjadi pasangan atas talian selama tiga tahun. Perempuan terperangkap di lapangan terbang Jambi itu dipujuk oleh kakitangan dari lapangan terbang itu.

 

Gadis itu juga memberitahu telah menyediakan 20 juta rupiah untuk diberikan kepada lelaki tersebut. Wang yang diperolehnya itu adalah hasil dari menjual motosikal ayahnya.

Setakat ini masih belum ada apa-apa berita mengenai lelaki itu ingin menipunya atau ini cuma situasi catfish.

Kejadian ini patut menjadi tauladan untuk para gamer muda di luar sana untuk tidak terjebak dengan percintaan atas talian ini dan sudah semestinya tidak menjual apa-apa di atas talian.

Baca artikel asal di laman web ini.