Gameplay 20 Minit Anthem Menerangkan Lebih Lanjut Tentang Raids

By Hazril Md Nor | July 6, 2018

Produser Eksekutif untuk Anthem, Mark Darrah mendedahkan 20 minit gameplay permainan itu di Twitter baru-baru ini. Ia menunjukkan banyak detail lanjut iaitu bagaimana raid berfungsi dalam permainan.

Dalam video di atas, ia memfokuskan empat pemain yang menyerang kubu musuh. Dipanggil “stronghold missions“, raid ini antara salah satu mod yang boleh dimainkan. Ia diterangkan lebih lanjut oleh Produser Kanan Bioware, Ben Irving.

Irving berkata, apabila pemain dah menemui kubu (stronghold), mereka boleh melancarkan multiplayer raids pada bila-bila masa. Pemain boleh memilih untuk berada dalam kumpulan kecil sehingga empat pemain dan juga menambah yang lain ke dalam party apabila raid sedang berjalan. Irving berkata pemain tidak kisah level boleh menyertai party bersama. 

Klip itu juga menunjukkan sekumpulan pemain level 30 berganding bersama pemain level 1 yang masih newbie.

Video itu juga menerangkan yang strongholds adalah ‘kembara berpanjangan’ yang mengambil masa 20 minit untuk dihabiskan. Dalam video juga menunjukkan pemain bekerjasama menjatuhkan musuh bentuk arachnoid yang dipanggil Swarm Tyrant. Perlawanan boss pula dirasakan lebih dinamik dan agak miri dengan siri Dark Soul berbanding Destiny.

Anthem juga akan memperkenalkan “acara antara dunia” yang akan memperlihatkan makhluk Titan gergasi yang mana pemain boleh pilih untuk tak melawan kerana terlalu kuat. 

Anthem akan dilancarkan di PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One pada 22 Februari 2019.

Sumber: Polygon