Gameplay Demo Devil May Cry 5 Akan Diperlihatkan Di Acara Gamescom Pada Ogos

By Hazril Md Nor | June 21, 2018

Pendedahan Devil May Cry 5 selepas 10 tahun menyepi sebenarnya mengejutkan semua orang termasuk penulis sendiri. Hanya saksikan sendiri di persidangan E3 2018 melalui livestream, cukup mengujakan walaupun tak dapat cuba sendiri permainan itu.

Tapi ketika diumumkan, hanya trailer ditunjukkan dan tiada gameplay langsung daripada Capcom. Mereka lebih fokus kepada Resident Evil 2 Remake dan Mega Man 11.

Tapi menurut sumber terbaru dari Destructoid, Devil May Cry 5 boleh dimainkan di Gamescom pada akhir Ogos. Berita itu dilaporkan oleh Capcom yang diterjemahkan oleh Gematsu kerana masalah penggunaan bahasa.

Kalau demo DMC 5 boleh dimainkan pada Ogos, bermakna video gameplay juga akan tertiris dan ditayangkan kepada ramai. Kami di MyGameOn pastinya akan mendedahkan gameplay video itu kepada korang ketika acara Gamescom nanti.

Tidak ada info baru melainkan kita tahu setakat ini Nero menjadi protagonis dan tangan demon miliknya digantikan dengan lengan robotik.

Sumber: Destructoid