Garena AOV: Selaju Angin, Secepat Kilat – Jom Belajar Cara Main Murad!

By Hazril Md Nor | February 15, 2018

Kalau ada saja assassin baru yang muncul dalam Garena Arena of Valor, mesti penulis happy gila sebab skill set mereka yang unik untuk mengejar musuh dan melenyapkan mereka secepat mungkin – hanya dalam beberapa saat je!

Murad juga tak terkecuali. Namanya mungkin tak catchy tapi jejaka seakan perompak dari Timur Tengah ini sangat tangkas dan boleh penulis kategorikan sebagai yang paling mudah untuk buat play jika korang mahir menggunakannya.

Sekali pandang, hero ini seakan Leblanc daripada League of Legends disebabkan gaya permainannya seakan sama – hit and run. Tapi bezanya, korang perlu faham bagaimana kuasanya berfungsi dan bagaimana ultinya sangat penting untuk zone out musuh yang ingin push.

PLAYSTYLE – SEBELUM LEVEL 4

Assassin ini sebolehnya kena dimainkan untuk posisi jungler. Pada awalnya, korang hanya perlu farm kesemua jungle camps. Perhatikan potential jungle ganks, gunakan kuasa pertama untuk melarikan diri. Sama seperti Airi, Murad mempunyai dash sebanyak tiga kali tapi lebih berkuasa dan unik kerana dia mampu kembali ke tempat asal untuk dash ketiga.

Sudah tentunya kelebihan ini membolehkan Murad menjadi begitu deadly pada awal permainan – walaupun sebelum mendapat ultimate. Gunakan kelebihan ini untuk first blood potential ataupun membantu lane di atas dan bawah yang perlukan bantuan. Cuba juga dapatkan naga yang berikan regeneration.

Jika korang lebih berani, boleh cuba invade jungle. Dengan bantuan top hero, korang boleh cuba gank jungler dengan mudah. Kuasa pertama digunakan untuk gap closure sementara kuasa kedua berpotensi untuk mengelakkan musuh melarikan diri. Walaupun enemy berjaya dash lari, korang boleh kejar gunakan kuasa pertama dan kemudian 2nd skill untuk slow.

PLAYSTYLE – SELEPAS MENDAPAT ULTI

Di sinilah Murad dilihat mempunyai kelebihan berbanding assassin lain. Ultinya boleh melenyapkan musuh yang sedang melarikan diri ataupun mencederakan mereka dengan cooldown yang sangat pantas. Boleh dikatakan, Murad adalah seorang assassin yang initiate dan bukannya menunggu tank untuk mulakan gerakan dulu.

Tapi, perlu diingatkan ulti Murad memerlukan sebanyak 4 kali tetakan sebelum ia menjadi aktif. Perlu diingatkan juga, seal itu hanya aktif selama 5 saat jadi korang perlu cepat gunakannya untuk cederakan sekumpulan musuh. Pada level 4, sudah tentu mudah untuk gank mid dengan cara ini.

Violet, Valhein ataupun sesiapa saja carry pastinya susah nak lari disebabkan set kuasa Murad yang dikhususkan untuk mengejar fleeing enemies. 

ITEM BUILD

1. Soul reaver

Sebagai seorang assassin, Murad sesuai digunakan sebagai jungler dan dah tentulah item pertamanya ialah Soulreaver. Ini kerana untuk melaksanakan ulti, dia perlukan penambahan attack speed dan Soul Reaver memberikan sebanyak 25% attack speed dan life steal sebanyak  10%.

2. Gilded Greave
Item ini penting kerana dua faktor. Pertamanya, Murad perlukan magic defense setinggi mungkin untuk mengelak dari ditimpakan burst damage daripada Mage. Keduanya adalah resistance sebanyak 35% kepada crowd control. Penting tau!

3. Rank Breaker

Pasif Windwalk sangat penting untuk Murad roaming dan mengejar musuh. Selain itu, armor pierce bonus yang diberikan sangat berguna ketika Murad menetak musuh, mengurangkan nyawa mereka sebanyak mungkin dengan pasif dari Rank Breaker ini.

4. Omni Arms

Murad juga sesesuai menggunakan item ini kerana stat diberikan. 70 serangan fizikal, 15% kelajuan serangan, 10% lifesteal, 10% cooldown reduction dan 500 mata maksimum HP yang ditambahkan. Pasif item itu iaitu Penta Power juga sangat berguna untuk meningkatkan damage serangan biasa.

5. Muramasa

Lebih armor pierce sebanyak 45%! Sangat berguna untuk menjatuhkan musuh secepat mungkin.

6. Death Sickle

Walaupun Murad boleh in dan out tapi adakalanya dia akan ditangkap oleh stunroot dan sebagainya. Jadi pasif Divine Intervention sangat berguna untuk mengelakkan serangan yang boleh membunuh Murad ketika nyawanya tinggal sedikit.