Geek Fam tidak mudah mengalah, kemenangan 2-0 ke atas Team Bosskurr

By Hazrul Md Nor | September 11, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Team Bosskurr bermain dengan begitu baik pada minit awal permainan, mereka menggunakan draft Ling dan Popol & Kupa untuk mengawal peta. Pasukan Geek Fam menghadapi tekanan yang tidak henti-henti dari Team Bosskurr. Xorn tidak dapat menangkap sesiapa menggunakan way of the dragon, pasukan Team Bosskurr memastikan bahawa mereka sentiasa berjaga-jaga dari Xorn.

Lord mudah diambil oleh pasukan Team Bosskur pada minit ke-11 dan base Geek Fam masih mampu dipertahankan. Kesilapan Team Bosskurr semasa Neo ditangkap oleh Xorn menyebabkan 4 orang ahli Team Bosskurr terkorban, mengubah keadaan pasukan Geek Fam. Luminous Lord berjaya dicuri oleh pasukan Team Bosskurr dan mereka cuba untuk menamatkan permain akan tetapi tidak berjaya. Geek Fam kemudiannya berjaya melakukan comeback pada minit ke-25 dan memenangi perlawanan.

PERLAWANAN KEDUA

Geek Fam sekali lagi berjaya mendapatkan Roger untuk digunakan Maima dan pasukan Team Bosskurr mengubah strategi dengan menggunakan Harley sebagai hyper. Kedua-dua pasukan bertukar serangan antara satu sama lain dan situasi lebih memihak kepada Geek Fam kerana mereka berjaya menumbangkan Team Boskurr pada minit ke-10 lalu mendapatkan Lord.

Geek Fam memberikan tekanan yang begitu lama ke arah base Team Bosskurr walaupun mereka sudah kehilangan Lord. Tidak berapa lama kemudian, mereka berundur untuk mendapatkan farm dan buff. Pasukan Team Bosskurr cuba menghalang pasukan Geek Fam mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-15 namun tidak berjaya. Geek Fam melakukan pushing yang terakhir untuk mendapatkan kemenangan pada minit ke-16.