GhostWire Tokyo: Game Aksi Seram Terbaru Dibangunkan Oleh Pembangun Siri The Evil Within

By Intan Mawarni | June 10, 2019

Tango Gameworks terkenal dengan siri game aksi seram, The Evil Within telah mengumumkan game terbaru mereka, GhostWire Tokyo semasa persidangan Bethesda di E3 2019.

Pengasas Tango Gameworks, Shinji Mikami bersama-sama pengarah kreatif, Ikumi Nakamura tampil ke atas pentas untuk menjelaskan serba sedikit tentang game seram penuh elemen mistik mereka.

GhostWire Tokyo adalah game aksi dengan elemen seram yang mana pemain perlu menghapuskan kuasa ghaib. Saksikan trailer acah pertama di bawah:

Dalam trailer di atas, kuasa ghaib berkenaan berjaya melenyapkan kehidupan hiruk-pikuk bandar Tokyo dalam sekelip mata.

GhostWire Tokyo masih belum mengumumkan tarikh rasmi buat setakat ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.