GigaBash, permainan video buatan Malaysia tiba pada 2022

By Taib Mohamed | July 16, 2021

Tidak dinafikan, antara permainan video buatan Malaysia yang paling dinanti-nantikan, GigaBash akhirnya akan dilancarkan pada awal 2022.

Selain itu, pembangun GigaBash, Passion Republic Games, turut memperkenalkan kaiju terbaru di dalam roster, Rohanna.

Dikenali sebagai Monach of Tarabak Island, raksasa ini pernah beberapa kali ditunjuk di laman media sosial rasmi GigaBash.

Rohanna dialah kaiju berasaskan tumbuhan, kelihatan seperti bunga antropomorfik yang dilengkapi cambuk akar gergasi. Pengumuman ini juga menunjukkan pergerakannya termasuk kemampuannya untuk menggali ke bawah tanah dan menyeru minion. 

Dengan Rohanna di dalam barisan roster, ia menjadikan jumlah raksasa yang boleh dimainkan kepada tujuh dengan beberapa barisan roster yang berasakan kaiju tradisional, sementara yang lain dipinjamkan daripada Mazinger Z dan Ultraman.

Masih terdapat tiga raksasa yang belum dilancarkan.

Untuk makluman, GigaBash ialah permainan pertarungan kaiju yang boleh dimainkan sehingga empat orang. Seperti Godzilla: Destroy All Monster, permainan ini mempunyai barisan pertarungan di arena yang berasaskan lokasi di seluruh dunia.

Permainan ini mendapat sambutan ramai di samping mendapat penghargaan semasa SEA Games Award 2019.

Jika GigaBash menarik minat anda, masukkannya di dalam ‘wishlist’ hari ini di Steam dan Epic Games Store.