God Of War: Ragnarok ditunda sehingga 2022

By Mike Hayate | June 3, 2021

God of War: Ragnarok merupakan nama sekuel yang masih belum disahkan sebagai sekuel kepada God Of War 2018. Menurut Investor Call dari Sony, God Of War: Ragnarok akan ditunda ke tahun 2022. 

Hal ini sebenarnya tidak mengejutkan. Disebabkan betapa kurangnya berita dan apa-apa kemaskini baru sejak teser dari tahun lepas. Semalam Santa Monica Studio mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai penundaan ini.

pic.twitter.com/LLXnEof2Lg

— Santa Monica Studio Is Hiring (@SonySantaMonica) June 2, 2021

Penundaan ini malah disambut baik oleh beberapa peminat God Of War. Ramai peminat faham karya sehebat God Of War memerlukan masa yang secukupnya untuk menjadi yang terbaik.

Jangan risau PlayStation juga mengumumkan akan ada lebih dari 25 permainan video baharu yang masih dalam pembangunan dan akan diumumkan kelak oleh Sony.

Sony yang baru-baru ini menyambut kejayaan Returnal sebagai IP baru dan Days Gone di PC juga mendapat sambutan baik.