Google Lawan Apple Arcade Dengan Memperkenalkan Google Play Pass

By Intan Mawarni | September 24, 2019

Nampak gayanya persaingan sudah bermula.

Google baru sahaja mengumumkan Google Play Pass iaitu sebuah servis langganan game mengikut Apple Arcade dan Xbox Game Pass.

Servis ini menawarkan lebih daripada 350 game dan aplikasi Android berbayar dan ianya percuma daripada segala iklan dan pembelian dalam game (in-game purchase).

Senarai game Google Play Pass agak hambar jika dibandingkan dengan Apple Arcade menawarkan pelbagai game eksklusif menarik termasuk sebuah game buatan Malaysia terbaru daripada Kurechii, King’s League II

Antara game yang termasuk dalam senarai Google Play Pass adalah game popular seperti Monument Valley 2, Stardew Valley dan LIMBO. Namun, game ini sudah lama dilancarkan tetapi ia masih lagi popular dalam kalangan pemain game mobile. Berikut adalah senarai game yang diumumkan untuk Google Play Pass:

  • LIMBO
  • Sorcery! 4
  • Old Man’s Journey
  • 80 Days
  • Lumino City
  • Swordigo
  • Wayward Souls
  • Suzy Cube
  • Thimbleweed Park
  • 60 Seconds! Atomic Adventure
  • Grim Legends: The Forsaken Bride (Full)
  • The Bug Butcher
  • Chameleon Run
  • Titan Quest
  • Lichtspeer
  • Absolute Drift
  • Shadow Fight 2 Special Edition
  • Stardew Valley
  • Terraria
  • Star Wars™: KOTOR
  • Evoland
  • Game Dev Tycoon
  • Hoplite
  • Monument Valley 2
  • ELOH
  • Bridge Constructor Portal
  • FRAMED
  • Agent A: A puzzle in disguise
  • One More Line
  • The Tiny Bang Story
  • Death Squared
  • .projekt
  • Hidden Folks
  • Reigns: Game of Thrones
  • Risk
  • Mini Metro
  • Pocket City
  • This is the Police
  • Tiny Guardians
  • Door Kickers
  • King’s League: Odyssey
  • The Battle of Polytopia
  • Toca Nature
  • Toca Mystery House
  • Thomas & Friends: Race On!
  • Sago Mini Pet Cafe

Selain game berbayar, Google Play Pass ini juga ada aplikasi yang membantu kehidupan rutin pengguna. Antara aplikasi yang tersenarai adalah:

  • AccuWeather: Daily Forecast & Live Weather Reports
  • Tunable: Music Practice Tools
  • ISS HD Live: View Earth Live
  • Pic Stitch – #1 Collage Make
  • Photo Studio Pro
  • CamtoPlan
  • Slow Motion Video FX
  • Hi-Q MP3 Voice Recorder (Pro)

Buat masa sekarang, Google Play Pass hanya dilancarkan di Amerika Syarikat dengan harga RM20.85 (~USD$4.99). Untuk pelancaran Malaysia, kami akan kongsikan bersama korang sebaik sahaja menerima maklumat baru. Untuk maklumat lanjut tentang Google Play Pass, korang boleh layari laman sesawang rasmi di sini.

Sumber: Android Authority

 Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.