Gran Turismo sedang menyiapkan siri televisyen di PlayStation

By Mike Hayate | May 30, 2022

Siri televisyen Gran Turismo kini dalam pembikinan di PlayStation.

Menurut temubual bersama pelabur, ketua PlayStation memberitahu bahawa jenama Gran Turismo akan mengembangkan lagi francais Gran Turismo ke skrin televisyen.

Setakat ini hanya Gran Turismo yang diumumkan oleh Sony dan dikatakan terdapat lagi beberapa projek yang akan dibuat dari Sony.