Graves Akan Menerima Buff Minggu Depan – Cukup Ke Untuk Dikira Meta?

By Hazril Md Nor | January 3, 2018

Dalam komuniti League of Legends, semua kenal Graves sebagai karakter yang badass dengan rokok di bibir tapi baru-baru ini, kita tahu dia tak berapa viable dalam matchmaking atau dalam erti kata lain, sucks.

Tapi kenapa macam itu? Melihat kepada 46% winrate di laman web League of Legends stats, Champion.gg, ia menempatkan Graves dalam posisi paling teruk sebagai jungler untuk server Amerika Utara. Oleh itu, Riot cuba counter masalah ini dengan memberikan buff dalam PBE seiring dengan Patch 8.1 minggu depan.

Buff itu akan mengurangkan cooldown untuk Q yang juga kuasa dengan damage tertinggi untuk gank dan membersihkan camp. Tapi ia masih tak cukup kerana hanya satu saat per rank dikurangkan cooldown

Keduanya, W (Smoke Screen) diberi buff . Kalau dulu slow daripada 15% kepada 35% bergantung kepada tahap, kali ini ia tetap kepada 50% untuk kesemua tahap. Akan tetapi, durasi berkurangan daripada 1.5 saat kepada 0.5. Ini akan memberikan Graves crowd control yang cukup untuk gank.

Graves sebelum ini paling sesuai dimainkan pada permulaan musim ketujuh tahun lalu tapi dia terus jatuh menjunam selepas meta tidak memihak kepadanya. Kemudiannya, kuasa pasif dan damage Q dikurangkan dalam patch 7.7 dan 7.10.

Setakat ini, masih belum pasti jika Graves akan diletakkan dalam meta kerana buff yang akan diterimanya tak mencukupi untuk dua faktor penting ini iaitu damage dan tankiness.

Sumber: Dotesports