Guilty Gear: Strive ditangguh ke 11 Jun 2021

By Burhanudin Zamri | March 4, 2021

Permainan pertarungan baharu Guilty Gear: Strive sepatutnya dilancarkan pada 9 April tahun ini. Malangnya, Arc System Works telah membuat keputusan untuk menangguh pelancarannya ke 11 Jun tahun ini.

Mereka yang pra-tempah versi Deluxe dan Ultimate Editions akan menerima permainan ini tiga hari lebih awal pada 8 Jun.

Arc System Works menerangkan bahawa penangguhan ini terpaksa dibuat kerana memerlukan masa untuk memperbaiki beberapa aspek dalam talian permainan ini. Maklum balas daripada para pemain yang mencuba beta terbuka permainan ini dijadikan rujukan utama.

Guilty Gear: Strive akan dilancarkan di PC, PlayStation 5 (PS5), dan PlayStation 4 (PS4).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.