Halo Infinite lancar acara Fracture: Tenrai, pemain tidak puas hati

By Taib Mohamed | November 24, 2021

Seminggu selepas pelancaran mod berbilang pemain Halo Infinite dilancarkan, kini mereka melancarkan acara pertama mereka iaitu Fracture: Tenrai.

Acara ini diinspirarikan daripada estetik dan kisah dongeng Jepun, di mana pemain berpeluang untuk mendapatkan perisai Mjolnir yang seakan samurai atau ninja. Bahkan acara ini adalah percuma sepenuhnya.

Selain itu, sebuah mod baru juga disediakan sempena Tenrai, Fiesta iaitu sebuah mod separa rawak, di mana pemain akan muncul di sebuah peta arena dengan kelengkapan senjata yang rawak.

Acara ini bagaimanapun hanya berlangsung sehingga 30 November sahaja dan pihak 343 Industries menjanjikan Tenrai akan kembali pada 4 Januari 2022 bersama battle pass.

Namun, berikutan masa yang begitu singkat, ramai pemain menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terutamanya dengan sistem kemajuan permainan itu.

Hal ini berikutan jangka masa yang singkat dan minggu yang diasingkan di mana menyukarkan pemain untuk mengumpul XP sebelum acara ini dilancarkan semula sekitar awal 2022. 

Bahkan, terdapat pemain yang melakukan cabaran itu menyatakan agak sukar untuk diselesaikan semasa bermain di mod Fiesta. 

Ketua pemasaran bagi Halo PC, Noah Benesch juga menjawab persoalan daripada pemain di Twitter menyatakan memang mustahil untuk pemain selesaikan 30 cabaran di dalam masa seminggu. Bahkan dia juga menyatakan acara ini akan kembali.

Sumber: Polygon, Dot Esports.