Hands On: Sony PlayStation Classic – Nostalgia Kembali Terasa

By Hazril Md Nor | November 23, 2018

Bermain Resident Evil di PlayStation kira-kira sedekad lalu. Punyalah seram sampai terkejut. Ingat-ingat balik, kelakar kan macam mana sebuah konsol boleh memberikan begitu banyak keseronokan dalam kehidupan harian kita.

Dan sekarang, Sony sekali lagi ingin kita merasai keseronokan itu. PlayStation Classic diperkenalkan dan penulis sangat bertuah kerana dapat mencuba konsol mini klasik ini semalam.

Mula-mula rasa agak terkejut kerana saiznya yang hanya besar sedikit saja daripada iPhone 6S. Kemudian ada pula wayar panjang yang menyambungkan joystick ke konsol ini.

Tapi saiznya jangan dipandang rendah kerana di dalamnya ada 20 permainan nostalgia yang mesti korang taknak lepaskan peluang untuk cuba.

FORM FACTOR YANG SESUAI

Menyebut tentang saiz dan form factor, konsol mini ini sebenarnya penulis rasakan lebih ditumpukan kepada para pengumpul. Bagi korang yang dah sediakan satu ruang khas untuk barang Sony, tambahkan konsol ini sempena Hari Natal nanti!

Saiznya yang kecil sesuai dibawa ke mana-mana digandingkan dengan dua contollers menggunakan USB. Pegang saja controller tu, penulis terus terbayang bermain Final Fantasy, mengawal Jill dalam Resident Evil… semua kenangan itu hadir kembali bila korang dah start belek-belek joystick itu. Even look and feel dia pun sama.

BANYAK PILIHAN GAME, MAIN LAH PUAS-PUAS

Kalau selama ini korang selalu tengok Youtube sebab nak cari balik video Final Fantasy VII yang lama, video Tekken 3 dan lain-lain permainan klasik, tak payah risau sebab sekarang boleh experience sendiri semua tu.

20 game yang ditawarkan ini adalah:

  • Battle Arena Toshinden
  • Cool Boarders 2
  • Destruction Derby
  • Final Fantasy VII
  • Grand Theft Auto
  • Intelligent Qube
  • Jumping Flash
  • Metal Gear Solid
  • Mr Driller
  • Oddworld: Abe’s Oddysee
  • Rayman
  • Resident Evil Director’s Cut
  • Revelations: Persona
  • Ridge Racer Type 4
  • Super Puzzle Fighter II Turbo
  • Syphon Filter
  • Tekken 3
  • Tom Clancy’s Rainbow Six
  • Twisted Metal
  • Wild Arms

FEEL MAIN GAME TERASA SAMA

Penulis cuba Resident Evil.. main siang hari pun seram!

Permainan klasik pertama dicuba penulis ialah Resident Evil. Memerhatikan usaha Capcom memasukkan dialog yang simple dan kedengaran agak pelik, rasa nostalgia sungguh. Bukan apa, Resident Evil sekarang jauh lebih berbeza berbanding yang pertama dulu tapi itulah menariknya PlayStation Classic, membuatkan kita kembali ke zaman kanak-kanak.

Bermain di TV LED, rasanya agak berlainan. Pertamanya, grafik kelihatan stretched. Kedua, viewing experience adalah sangat baik kerana kesemua detail nampak lebih jelas kalau korang dapatkan TV LED berdimensi lebih kecil. 

Untuk beberapa sebab, Capcom masih mengekalkan tank controls untuk RE dan bagi permainan lain juga, korang akan rasa kawalan terasa agak susah. Sama saja seperti dulu.

Tapi yang agak mengecewakan, korang tak boleh ke HOME menu melainkan dengan menekan butang reset. Di sana ada pilihan untuk akses saved game data.

Secara keseluruhannya, berbaloi sebenarnya untuk korang tambah PlayStation Classic dalam koleksi sedia ada. 

PlayStation Classic akan dilancarkan di Malaysia pada hari sambutan ulangtahun ke-24 bagi PS1 iaitu pada 3 Disember 2018 dengan harga bermula pada RM429.