Hanzo membuatkan Red Esports tersungkur

By Hazrul Md Nor | September 4, 2021

PERLAWANAN KEDUA

Red Esports menggunakan draft Hayabusa sebagai hyper dan Team Bosskur mengambil Granger. Team Bosskurr lebih kuat pada minit awal permainan, mereka mempunyai Pharsa dan Paquito untuk mengawal peta dengan lebih efisyen. Pasukan Team Bosskurr memperolehi kelebihan dengan damage yang tinggi dikeluarkan oleh Granger dan Pharsa, mereka berjaya mendahului pasukan Red Esports pada minit ke-9.

Pasukan Red Esports berjaya mencuri Lord dengan last hit berjaya diambil oleh Saiyajinn. Akan tetapi, peluang itu tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana mereka diganggu oleh Fayde, manakala Mal terkorban ketika beliau terlalu memaksa perlawanan, merugikan pasukan Red Esports. Pada minit ke-15, Red Esports terlalu agresif menyebabkan mereka kehilangan Mal dan Eren, Team Bosskurr mengambil kesempatan itu untuk mengambil Lord dan menamatkan permainan pada minit ke-18.

PERLAWANAN KETIGA

Team Bosskurr menggunakan Hanzo sebagai hyper, ternyata pemilihan hero ini menjadi kejutan untuk pasukan Red Esports, Hanzo adalah salah satu hero yang sangat kuat pada fasa late game apabila ia siap mendapatkan barang core. Red Esports bermain dengan pasif dan cuba mencari objektif untuk menghentikan Hanzo yang tidak berhenti memberikan tekanan kepada mereka.

Pertempuran di Lord Pit pada minit ke-18 berpihak kepada pasukan Team Bosskurr selepas mereka menumbangkan Eren dan Mal. Combo yang dilakukan oleh Team Bosskurr, Angela + Esmeralda sangat berkesan menjadikan hero itu kebal dan memberikan damage yang tinggi. Team Bosskurr akhirnya mendapatkan kemenangan pada minit ke-20. Ternyata pasukan Red Esports tidak mempunyai jawapan untuk counter Hanzo.