Harvest Moon: One World diumumkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch

By Burhanudin Zamri | May 29, 2020

Siri permainan video Harvest Moon terkenal dengan keseronokkan permainan perladangan yang mempunyai aestetik comel. Sebuah judul baharu telah diumumkan untuk konsol generasi kini.

Harvest Moon: One World akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini di PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch. Pada waktu ini, tarikh pelancaran tepat belum didedahkan oleh penerbitnya Natsume.

Natsume juga menyatakan judul ini menggunakan enjin baharu dan juga grafik baharu. Ia tetap akan menonjolkan permainan perladangan dan pengembaraan yang menjadi identiti siri Harvest Moon.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.